Zizi Kirana Alami Keguguran Selepas Dua Bulan Kahwin , Sentiasa Semak Kitaran Haid Untuk Kembali Hamil.

Zizi Kirana mendedahkan dia pernah mengalami keguguran pada Disember 2021 ketika usia kehamilan baru dua bulan.

Kata Zizi atau Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, ketika itu dia juga tidak menyedari dirinya sedang hamil dan massih sibuk dengan jadual kerja.

Berkongsi detik berkenaan dia memberitahu kandungan tersebut tidak dapat diselamat disebabkan mengandung di luar rahim.

“Ketika mula tahu hamil pun saya terkejut. Selepas buat lakukan ujian kehamilan saya buat temu janji doktor untuk kepastian. Sehari sebelum berjumpa d0ktor badan saya menggigil dan ada pendarahan.

“Kemudian apabila melakukan pemeriksaan, d0ktor beritahu kandungan tersebut tidak dapat diselamatkan kerana di luar rahim. Saya juga alami pendar4han teruk sehingga dua kali dimasukkkan ke dewan bed4h,” katanya .

Menurut isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini pada tempoh sebelum keguguran itu dia ada mengesyaki dirinya hamil kerana mengidam sesuatu berbeza.

Reda dengan takdir yang telah tertulis buatnya, Zizi juga tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika itu kerana dalam keadaan terkejut dan s4kit.

“Saya tak boleh nak cakap perasaan saya. Terkejut sebab hamil, kemudian berlaku pendar4han dan selepas itu keguguran. Semua berlaku dengan pantas. Saya pula terpaksa tahan s4kit sebab pendarah4n.

“Awalnya ada juga rasa pelik sebab saya mula mengidam buah epal jenis Fuji. Saya tak mahu epal lain. Selain itu saya juga tidak boleh makan makanan berkuah.

Kalau nak fikir sedia atau tidak bergelar ibu bapa, kami pun tak tahu. Jadi kami serahkan kepada rezeki

“Belum rezeki saya untuk ada anak ketika itu. S4kit itu juga satu rezeki,” ujarnya.

Dalam masa sama, Zizi memberitahu dia dan Yusuf sentiasa bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa.

Tambah Zizi kini dia cuba mengurangkan kesibukan kerja dan sentiasa memeriksa kitaran haid supaya kejadian sebelum ini tidak berulang.

“Kalau nak fikir sedia atau tidak bergelar ibu bapa, kami pun tak tahu. Jadi kami serahkan kepada rezeki. Kalau ada kami terima dan pastinya sedia menimang cahaya mata.

“Sekarang ini saya cuba susun jadual kerja agar tidak terlalu padat. D0ktor beritahu saya tidak ada masal4h untuk hamil. Saya juga sentiasa semak kitaran haid,” jelasnya.

Untuk rekod Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Sumber:HM