Zila Bakarin Rupanya Derita Slip Disc , 2 Bulan Sukar Berjalan Sampai Tidur Menonggeng.

Pelakon Zila Bakarin selamat menjalani pembed4han bagi merawat peny4kit slip disc yang dihadapinya di sebuah hspital swasta pada Isnin.

Zila, 48, memberitahu selama dua bulan dia menanggung kes4kitan selain kaki bahagian kiri tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga menyukarkan dia bergerak.

Kata Zila, doktor mengesahkan dia mengalami masalah itu selepas membuat pemeriksaan di hopital pada 5 Oktober lalu.

Suami Zila, Azri Azhar banyak membantunya ketika s4kit.

“Sudah dua bulan saya tak boleh bergerak sebab kaki kiri s4kit sangat… Saya pula hanya bergantung kepada ubat dan tak tahu s4kit apa.

“Ketika buat pemeriksaan doktor sahkan slip disc dan nampak tulang macam terkeluar yang memberi kesan kepada saraf di bahagian kaki kiri.

“Alhamdulillah saya selesai menjalani pembedahan semalam (Isnin) bagi merawat masalah saraf itu,” katanya.

Dalam pada itu, Zila berkata, sepanjang tempoh dua bulan dia bergantung kepada bantuan tongkat untuk berjalan disebabkan tidak boleh berdiri lama.

Malah kata Zila, duduk terlalu lama turut memberi masalah apabila ia menyebabkan kesakitan di bahagian punggung.

“Memang tak boleh bergerak. Tak boleh berjalan. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan s4kit.

“Kalau tidur pun saya akan mengiringkan badan ke bahagian kanan ataupun menonggeng untuk berasa selesa,” ujarnya.

Memang tak boleh bergerak. Duduk atas kerusi roda pun tak boleh sebab punggung akan s4kit.

Ditanya mengenai perkembangan terkini selepas pembedahan, Zila berkata keadaannya semakin bertambah baik.

“Pagi tadi saya cuba bangun, Alhamdulillah okay. Insya-Allag dalam dua atau tiga hari ini boleh pulih sedikit demi sedikit,” katanya.

Zila turut memaklumkan bahawa dia terpaksa menangguhkan penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta yang masih belum selesai.

Zila ralat kerana tidak dapat meneruskan sesi penggambaran.

Pelakon ini turut meluahkan rasa terharu apabila pihak produksi sanggup menyusun semula jadual penggambaran bagi membolehkan dia menjalani pembedahan.

“Krew menjadi saksi kesakitan yang saya tanggung dan mereka juga minta saya ke hospital.

“Malah sanggup menyusun semula jadual penggambaran… Menitik air mata saya sebab terharu dengan kebaikan mereka,” katanya.

Sumber:Hm