Boleh atau tidak umat Islam ziarah kubur di pagi raya? Dahulu Rasulullah lar4ng, ini penjelasan soal hukum

Menjadi satu kebiasaan bagi umat Islam di negara ini untuk menziarahi kubur insan terdekat yang sudah mninggal dunia pada pagi setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Namun amalan ini menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat yang meragui tentang hukum sebenar menziarahi kubur pada hari raya.

Berdasarkan laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan menziarahi kubur ini pada awalnya dilarang Rasulullah SAW tetapi kemudian ia diizinkan.

Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: “Adalah aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah” (Riwayat Muslim)

Pada asasnya, melawat pusara ini sebenarnya boleh memberikan keinsafan serta semangat untuk manusia terus beribadat sebagai persiapan dan bekalan akhir4t.

Bagaimanapun menurut penjelasan bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakr terdapat dua pandangan terhadap perbuatan menziarahi perkuburan pada hari raya.

Hukum yang pertama adalah harus (dibolehkan) kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur.

Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut… sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya.

Bagi hukum kedua pula adalah makruh dan tidak dibenarkan serta tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah.

Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Namun selepas meneliti pelbagai dalil, pendapat mufti lebih cenderung kepada membolehkan kita menziarahi kubur pada hari raya dan bulan Ramadan atau lain-lain hari.

Ini kerana suruhan menziarahi kubur adalah bersifat umum malah ia dilakukan oleh ramai salafus soleh (golongan yang mengikut mazhab salaf al-Soleh (sahabat Nabi SAW dan tabiin)).

Maka, tidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.

Natijahnya, amalan menziarah kubur selepas dari sembahyang hari raya, adalah tidak mengapa jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa.

Sumber:HM