Zayn Rayyan Ditemui Mninggal Dunia , Terbaring Di Anak Sungai

Kanak-Kanak autisme Zayn Rayyan yang hil4ng sejak Selasa tengah hari ditemukan mninggal dunia di sebuah anak sungai pada Rabu malam.

M4yat mngsa Zayn Rayyan Abdul Matiin ditemukan pada pukul 10 malam oleh penduduk yang menjalankan operasi pencarian di sekitar kawasan kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.

M4yat mngsa yang berusia enam tahun dilihat terbaring di sungai yang hanya terletak 200 meter dari blok kediamannya.

Penemuan m4yat kanak-kanak itu disahkan Ketua P0lis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudid Abdul Hamid yang berada di lokasi kejadian.

Terdahulu, mStar melaporkan mngsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Blok R, Apartment Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari Selasa.

Operasi mencari mangsa di sekitar kawasan kediamannya digerakkan oleh penduduk setempat, P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, bapa mngsa Zaim Ikhwan, 28, turut mencuba kaedah alternatif dengan memanggil pengamal perubatan Islam untuk menjejaki kehilangan anaknya.

Sumber:Mstar,HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *