Zarina Zainuddin Selamat Jalani Pembedahan Bariatrik , Derita S4kit Tumit Dan Lulut.
Zarina Zainuddin selamat menjalani pembed4han bariatrik di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Rabu.
Zarina, 53, berkata, dia mengambil keputusan melakukan pembedahan itu susulan berdepan dengan masalah kesihatan termasuk s4kit tumit serta lutut dan bimbang jika ia semakin p4rah di kemudian hari.
“Sebenarnya saya melakukan pembed4han bariatrik ini kerana mempunyai masalah kesihatan… saya menghadapi masalah seperti s4kit tumit dan sakit lutut.
Zarina bersama d0ktor yang merawatnya.
“Alhamdulillah, doktor sudah memperbaiki ulu hati saya yang longgar dan kantung perut agar saya tidak makan berlebihan.
“Apabila berat badan berlebihan, kita rasa tak selesa nak berjalan… cepat penat. Jadi, saya melakukan pembed4han ini dan syukur semuanya berjalan lancar,” katanya.
Zarina berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu, Zarina berkata, ketika membuat pemeriksaan kesihayan sebelum pembed4han dia tidak menyangka mempunyai masalah kesihatan dalaman yang tidak pernah diketahui.
Pelakon drama Keluarga Iskandar itu memberitahu bacaan kolesterol dalam badannya agak tinggi dan meng4kui perubahan tahap kesihatan yang dialaminya.
“Saya sendiri tidak menyangka kolesterol dalam badan saya begitu tinggi. Sebelum ini kalau saya s4kit selepas makan ubat sekejap saja sudah sembuh.
“Tetapi sekarang kalau saya s4kit makan masa sehingga seminggu untuk kembali sembuh. Sekarang ini saya perlu jaga kesihatan selain dpemakanan sangat penting.
“Selama ini kita main makan saja sebab sedap kan… tak sangka selepas pemeriksaan rupanya dalaman badan saya macam-macam masalah,” ujarnya.
Ketika dihubungi mStar, Zarina memaklumkan dia kini sedang berehat di rumah bagi menjalani tempoh pemulihan.
Zarina mahu menjaga kesihatan dengan baik.
Tambahnya lagi, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhannya dan akan melalui tempoh berpantang selama dua minggu.
“Insya-Allah demi kesihatan saya akan sihat semula… tolong doakan saya cepat sembuh.
“Sekarang saya berada di rumah dan perlu berpantang selama dua minggu minum susu sahaja… saya akan mengikut segala arahan yang diberikan doktor,” katanya.
Sumber:Mstar