“Zaman Dulu Simpan , Sekarang Siap Buat Konten” Noorkhiriah Ulas Isu Abang Tesla.

Selepas Shila Amzah dan Caprice, pelakon Noorkhiriah juga tidak ketinggalan untuk mengulas berkenaan isu dipercayai melibatkan seorang TikT0ker dikenali sebagai Abang Tesla yang bernikah kali kedua, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon berusia 46 tahun itu berkongsikan sekeping nota behubung luahan hatinya mengenai topik yang sedang hangat diperkatakan dalam kalangan warganet di media sosi4l.

Menurut Noorkhiriah, dia pada asalnya tidak berniat untuk menjaga tepi kain orang lain namun terp4ksa meluahkan apa yang dipendam dalam hatinya berkaitan isu poligami dijadikan konten di media sosi4l.

“Assalammualaikum.. Tak nak ambil tahu sebenarnya tapi hati ni macam terbuku kalau tak lepaskan.

“Zaman dulu kalau nak kahwin 2,3,4..punyalah takut. Simpan selagi boleh simpan. Sekarang siap boleh buat konten. Jangan macam tu,” tulisnya dalam nota yang dinaik.

Pelakon drama Nur itu menyatakan dirinya dapat merasakan kesedihan dilalui oleh isteri pertama apabila memikirkan hal suami mengamalkan poligami bersama wanita lain.

“Walaupun bukan saya duduk tempat wanita itu tapi saya dapat rasa bertapa retak hatinya sampailahdia akan dapat kekuatan satu masa nanti.

“Tapi sebelum dapat kekuatan, otak berfikir ‘laki aku tengah buat apa? dia pergi mana? banyak sebenarnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Noorkhiriah menjadikan insiden yang berlaku sebagai iktibar buat dirinya dan suami serta akur bahawa urusan jodoh terletak di tangan Allah namun selagi perkara tersebut boleh dielakkan, lebih baik elakkan.

“Apa yang jadi ini kami jadikan pengajaran untuk rumahtangga kami walaupun jodoh aj4l di tangan Tuhan,

“Selagi boleh elak dan usaha, InsyaAllah sama-samalah kita cuba dan wahai wanita jangan mudah sangat.

“Pantang nampak kaya sikit dah ketar kepala lutut. Bab rupa tak nak komen itu kejadian Allah. Cuma yang menghancurkan adalah kaum sendiri,” ujarnya.

Pelakon yang memiliki dua orang cahaya mata itu sempat menitipkan pesanan kepada wanita yang bertemu jodoh dengan suami orang supaya jangan berbangga atas penderitaan orang lain selain meminta maaf sekiranya ada tersilap kata dalam penulisan tersebut.

“Walaupun yang pertama kata setuju tapi itulah. Apapun, didoakan semoga baik-baik. Mungkin ada hikmah sebalik kejadian.

“Cuma nak pesan jangan bangga sangat, ada hati yang menderita. Maaf andai tulisan ini s4lah. Memang salah pun kot campur hal orang lain,” tulisnya lagi.

Sejak beberapa hari lalu, perkongsian dimuat naik oleh Abang Tesla yang mengumumkan dirinya bernikah buat kali kedua dengan keizinan isteri pertama telah mengundang pelbagai reaksi warganet terutamanya daripada golongan wanita.

Sumber: Ig Noorkhiriah