Zack Idris Pelakon Era 1990-an Mninggal Dunia Petang Jumaat.
Pelakon era 1990-an Zack Idris mningg4l dunia di Hspital Shah Alam pada petang Jumaat.
Zack atau nama sebenarnya Mohd Idris Zakaria berusia 53 tahun.
Bekas adik ipar Allahy4rham iaitu pelak0n Diana Rafar memberitahu arwh yang menetap di Tanjung Karang, Kuala Selangor berada di Shah Alam bagi melawat anaknya di Shah Alam sebelum tiba-tiba jatuh s4kit pada malam Khamis.
Diana berkata, ketika berada di rumah arwh mengalami muntah-muntah sebanyak enam kali selain berasa pitam namun memberitahu masih dapat bertahan selain tidak mahu ke hspital.
Bagaimanapun, anaknya tetap membawanya ke hspital selepas waktu Subuh pagi Jumaat susulan keadaannya bertambah t3ruk sebelum d0ktor mengesahkan Allahy4rham dalam keadaan krit1kal dan ditempatkan di zon merah.
“Arwh memang menetap di Tanjung Karang sebab menjaga ibunya yang s4kit… Tapi sejak seminggu lalu, dia datang ke rumah anaknya di Shah Alam.
Zack meninggalkan empat cahaya mata.
“Sepanjang berada di sana, sempat dia masak macam-macam dan tidak menunjukkan sebarang tanda dia sedang s4kit cuma malam tadi (Khamis) dia muntah enam kali dan mengalami pitam.
“Sehinggalah selepas subuh pagi tadi, anaknya bawa arwh ke hspital dan apabila pemeriksaan dilakukan doktor mendapati keadaannya krit1kal termasuk buah pinggang dan paru-paru bermas4lah,” katanya
Dalam pada itu, Diana memaklumkan arwh ditidurkan bagi menstabilkan masal4h dihadapi namun tidak dapat bertahan lama sebelum menghembuskan nafas terakhir pada petang Jumaat.
“Tak lama pun arwh ditidurkan, rasanya selepas Zohor kemudian mninggal dunia betul-betul sebelum azan Asar,” ujarnya.
Allahy4rham yang juga bekas suami kepada kakaknya iaitu pelakon Aliza Rafar memberitahu hubungan mereka sekeluarga tetap baik meskipun tiada lagi ikatan kekeluargaan.
Malah setiap kali menyambut hari raya, bekas abang iparnya itu turut meraikan bersama keluarganya.
Menurutnya juga, salah seorang anak arwh juga tidak dapat pulang dalam masa terdekat bagi memberi penghormatan terakhir kerana sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom.
“Walau Aliza dan arwh dah berpisah, hubungan kami masih baik. Setiap kali raya kami akan sambut bersama.
“Sedih juga bila anak yang paling manja tidak dapat melihat arwh bapanya di saat akhir,” ujarnya.
Sementara itu, pihak pengurusan Surau Nurul Ihsan Seksyen 6, Shah Alam memaklumkan jnazah akan dimandikan dan dikafankan pada pukul 8.30 pagi Sabtu di surau berkenaan.
Manakala solat jnazah pula diadakan sejam kemudian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.
Untuk rekod Zack dan Aliza Rafar berkahwin selama 18 tahun namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian sejak lapan tahun lalu.
Allahy4rham turut meninggalkan empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Aliza.
Banyak karya membabitkan Zack saat kegemilangannya seperti Black Maria, Syukur 21, Bikin Filem, Penyair Malam termasuk teater Sultan Alauddin Riayat.
Sumber:hm