Isteri Daler Yusof Terpaksa Jalani Pembedahan Czer Kecemasan Kerana Kedudukan Bayi Songsang

Isteri pelakon Daler Yusof terpaksa bersalin secara pembed4han caesarean kecem4san bagi menyelamatkan kandungannya yang kini mencecah usia 36 minggu.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, berkata, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mendapati bayi mereka berada dalam kedudukan songsang.

Jelasnya, usaha memusingkan kembali kedudukan janin tidak berjaya dan doktor menasihatkan agar pembedahan kecemasan dibuat bagi mengelakkan sebarang masalah.

“Isteri saya terpaksa menjalani pembedahan kecemasan caesarean kerana bukaannya sudah mencecah tiga sentimeter.

“Doktor maklumkan yang mereka masih tidak dapat pusingkan kepala bayi ke bawah kerana air ketumban isteri kurang.

“Risau kalau kita tunggu lebih lama, jantung akan terkesan dan bayi boleh lemas,” katanya

Dalam pada itu, Daler memberitahu isterinya ketika ini masih berada dalam dewan bersalin sejak 12 jam lalu dan pembedahan caesarean akan dilakukan dalam waktu terdekat.

Jelas Daler, isterinya iaitu Sakinah Burukul sepatutnya dijangka bersalin pada 14 April depan.

Pasangan ini mengumumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata keempat pada Disember tahun lalu.

“Semoga Allah permudahkan urusan kami dan minta jasa baik semua doakan yang baik-baik di bulan Ramadan ini,” katanya.

Daler pada awal pagi Isnin memaklumkan Sakinah mengalami pendarahan sebelum dikejarkan ke sebuah hospital.

Sebelum ini Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber:HM