Wrganet Puji Aura MK & Isteri Lebih Menarik Berbanding Shuib Dan Watie.

Meskipun sudah lebih seminggu melangsungkan perkahwinan, penyanyi rap MK K-Clique dan pasangan Siti Hajaar Syeikh Nordin masih menjadi perhatian dalam kalangan net1zen di media sosi4l.

Malah kedua-duanya turut memenuhi undangan bagi meraikan pengantin baharu, pelawak Shuib serta isteri Watie Hanifiah dalam satu majlis pernikahan dan resepsi di sebuah lokasi acara di Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu.

Lebih menyerlah?

Kehadiran MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dan isterinya mencuri tumpuan tetamu lain menerusi beberapa perkongsian video yang dimuat naik akaun @scarfpengantin di aplikasi TikT0k.

MK dilihat mengenakan baju Melayu berseluar hitam, manakala isterinya pula manis menyarungkan abaya dimana kedua-duanya sedondon berwarna ‘pink belacan’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata net1zen memuji aura pas4ngan itu lebih menyerlah berbanding ‘tuan rumah’ apatah lagi kecantikan Siti Hajaar yang disifatkan tidak jemu mata untuk memandang walaupun tampil dengan gaya sederhana.

Selain itu, ada juga segelintir menyamakan ‘vibes’ wanita berusia 26 tahun itu seperti pelak0n popular, Lisa Surihani dari segi penampilan serta personaliti yang ditonjolkan.

Pakai sederhana pun dah cantik

Lebih tertarik dengan MK & Hajar

Tak jemu tengok dorang ni…

Sekali imbas macam Lisa Surihani

Sejuk hati tengok!

Terdahulu, MK & Siti Hajaar selamat disatukan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Jami’l Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor selepas empat tahun menjalin hubungan cinta.

Sumber: omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *