Wrga Emas Curi-Curi Rakam Gambar Wanita Hamil , Penuh Koleksi Baby Bump Dalam Telefon.
Video tular memaparkan seorang lelaki wrga emas sedang memegang telefon dengan keadaan kameranya dihalakan kepada para pengunjung sebuah pusat beli belah mendapat perhatian warga maya.
Mana tidaknya, individu tersebut bukanlah sengaja memegang telefonnya seperti itu sebaliknya dia merakam gambar setiap wanita hamil yang berada di sekeliling.
Malah dia berpura-pura melihat ke dalam outlet apabila menyedari perbuatannya dilihat.
Bagaimanapun posisi telefon bimbitnya tidak diubah serta sentiasa digenggam dengan tangan kiri dan diletakkan di pinggang.
Tingkah lakunya yang mencurigakan itu seorang pengunjung wanita mengadu kepada suaminya.
Tanpa berlengah suaminya tampil bersama pengawal keselamatan di pusat beli belah tersebut dan menahan lelaki terb4bit.
Apa yang mengejutkan apabila pemeriksaan di dalam galeri telefon bimbitnya mendapati peranti itu dipenuhi dengan gambar wanita hamil.
Koleksi gambar tersebut diambil di pelbagai lokasi termasuk pasar malam dan kedai makan.
Meskipun perbuatannya sudah terbongkar, namun lelaki wrga emas yang berambut putih itu kelihatan selamba seolah-olah tidak melakukan kesalahan.
Berkongsi rakaman di halaman TikT0k, Shiraa Tajudin turut menyatakan bahawa tangan lelaki terbabit sentiasa memegang telefon untuk merekod video mahupun gambar.
“Masa ni dah separuh jalan dalam mall baru I sempat nak rekod. Tangan dia memang sentiasa dengan telefon tu untuk rekod… so scary,” ujarnya di kapsyen.
Dia turut menasihati kaum wanita yang sedang hamil supaya sentiasa berhati-hati apabila berada di tempat awam.
“Mommies kat luar yang sedang pregnant, tolong berjaga-jaga… kejadian semalam, I tengah pregnant,” katanya lagi.
Video yang dikongsikan itu mendapat pelbagai maklum balas dan kebanyakan wanita meluahkan rasa takut dengan kejadian seperti itu.
“Preggophiles tu wujud guys. Sebab tu baby bump kita ni aurat… hati-hati mommies.
“Pernah dahulu nak pergi check up klinik ada seorang lelaki duduk atas motosikal standby telefon macam buat panggilan video. Selalu sahaja ada depan klinik ibu mengandung.
“Pregnant lady jangan la pakai ketat-ketat… I dulu mengandung pakai labuh-labuh sampai orang tak tahu pun tengah mengandung.
“Memang ada orang macam ni, dulu aku post gambar pregnant twins kat Facebook. Kemudian orang tu mesej aku beritahu dia suka tengok gambar yang aku post tu,” ujar beberapa warga maya.
Sumber:Hm