Watie Luah Rasa Syukur Masih Kekal Istiqamah Bertudung Meski Kadang Kala Iman Naik Turun.

Sejak mendirikan rumah tangga bersama pujaan hati, pelak0n dan juga pelawak Shuib Sepahtu, nama usahawan Watie Hanafiah sedikit sebanyak menerima bahang populariti suami sehingga dikenali dalam industri hiburan tanah air.

Ketika diminta mengulas berhubung isu penghijrahanya dirinya dan dikala ramai selebriti ndustri tanah air yang kembali melepaskan hijab mereka, ini respon yang diberikan oleh suri hati Shuib ini.

Watie Akui, ‘Istiqamah’ Bukan Perkara Mudah!

Menurut Watie, selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, tidak dinafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Malah, untuk kekal istiqamah, sudah tentu Watie memerlukan kekuatan dalam diri.

“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.

“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.

Bagaimanapun, Watie memaklumkan dia akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki… Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi.

“But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *