Warden temui pelajar vokasional m4ut dipukul di asrama, 13 ditahan bantu si4satan
Seorang pelajar vokasional m4ut dipukul di asrama apabila ditemui oleh warden sewaktu terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.
Memetik laporan dari Buletin TV3, pelajar dikenali sebagai Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan ditemui telah mninggal dunia di lantai asrama di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu.
Pelajar vokasional m4ut dipukul, dipercayai kerana salah faham
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP)Rohan Shah Ahmad ,
siasatan awal mendapati punca berlaku kejadian tersebut adalah disebabkan salah faham antara mngsa dengan beberapa lagi penghuni asrama yang lain.
“Pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat kesan kecederaan dan leb4m di beberapa bahagian tubuh badan mngsa.
“Pihak polis mengenalpasti punca kejadian ialah perselisihan faham antara mangsa dengan penghuni asrama yang lain.
“Seterusnya mangsa telah dihantar ke Jabatan F0rensik, Hspital Lahad Datu bagi proses bed4h siasat untuk mengenalpasti punca kematian mngsa,” katanya.
Difahamkan, mngsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu selepas dibawa ke sana bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
Susulan daripada itu, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jnayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan oleh Pengarah kolej berkenaan.
“Kejadian berlaku di bangunan asrama lelaki kolej terbabit dan mendapati kejadian benar berlaku berikutan satu mayat remaja lelaki dalam keadaan terbaring di atas lantai di dalam sebuah bilik di asrama kolej itu,” katanya.
Hasil daripada siasatan awal, pihak polis telah menahan 13 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun serta satu pengecas telefon pintar yang dipercayai mempunyai hubung kait dengan kejadian tersebut.
Buat masa ini, tujuh saksi bebas masih dikesan untuk membantu siasatan berkenaan kes terbabit.
Rohan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini bagi memastikan siasatan polis dapat dijalankan secara terperinci dan telus.
Ujarnya, kes terb4bit disiasat mengikut seksyen 302 kanun kes3ksaan.
Sumber: Buletin TV3