Wanita Tergamam , Sakit-Sakit Badan Rupanya Tanda Hamil , Penantian 16 Tahun Berakhir “Tukang Urut Kata Rahim Bengkak , Tak Berani Sentuh”

Berkat sebuah kesabaran disertai doa dan ikhtiar, pasangan ini dianugerahkan dengan kehadiran seorang puteri selepas hampir 16 tahun menunggu.

Ternyata ia bukanlah satu tempoh yang singkat, namun tiada apa yang mustahil dengan kuasa Allah.

Berkongsi cerita , Farihah Baihaki berkata, dia dan suami, Mohd Noor Razwan tidak henti-henti memanjatkan doa meskipun pernah merasakan harapan untuk menimang cahaya agak tipis memandangkan faktor usia yang semakin meningkat.

“Sedangkan pasangan yang tiga atau empat tahun berkahwin pun orang dah bertanya tentang anak, inikan kami yang 16 tahun menunggu. Tipulah jika nak kata saya okay apabila sentuh soal zuriat.

“Apabila nampak pasangan yang ada baby walaupun baru berkahwin, sayu saja rasa. Tapi suami kata, jangan risau… kalau ada rezeki Allah pasti akan bagi,” kata wanita berusia 40 tahun ini.

Menyingkap kembali perjalanan sebagai pejuang dua garis, Farihah berkata dia dan suami banyak berikhtiar secara tradisional dan mengamalkan petua terutama daripada segi pemakanan.

“Antaranya berurut dan cuba petua-petua. Apa saja petua yang orang kongsi, kami cuba. Ada yang cadangkan untuk pergi check kesuburan apabila dah lima tahun tunggu.

Farihah dan suami dianugerahkan dengan cahaya mata sulung selepas menanti selama 16 tahun.

“Bukan tak nak buat, tapi suami kata, t4kut nanti kami makin down apabila dapat tahu. Katanya, kalau ada rezeki, insya-Allah ada.

“Selain suami yang sangat sabar dan memahami, kami bersyukur kerana keluarga tak pernah bangkitkan… hanya orang luar yang bertanya,” ujarnya yang menetap di Sungai Kandis, Selangor ini.

Masih mengingati dengan jelas detik ‘ajaib’ ketika mendapat tahu sudah hamil, Farihah berkata semuanya bermula apabila seorang tukang urut dapat mengesan ‘sesuatu’ pada rahimnya.

“Saya tak sedap badan jadi suami cadangkan untuk berurut. Mungkin masuk angin. Apabila tukang urut nak mengurut, dia kata rahim bengk4k dan tak berani nak teruskan.

Suami tengok keputusan scan tu, tergamam. Hanya air mata saja boleh gambarkan perasaan itu.

“Dia beritahu sama ada ia disebabkan mengandung ataupun rahim ada masal4h… jadi dia suruh check. Petang itu juga suami beli alat ujian kehamilan. Dua kali test, hasilnya p0sitif.

“Rasa tak percaya dan kami ke klinik. Apabila doktor scan, rupanya saya dah meng4ndung dua bulan. Suami tengok keputusan scan tu, tergamam. Hanya air mata saja boleh gambarkan perasaan itu,” ujarnya lagi.

Bersyukur kerana proses kehamilannya berjalan dengan lancar, akhirnya zuriat yang dinanti-nantikan pasangan ini selamat dilahirkan pada tanggal 7 Jun lalu.

Kini puteri mereka yang diberi nama Syifaa Bahirah sudahpun berusia empat bulan setengah.

“Paling menggembirakan, Syifaa dilahirkan pada bulan yang sama dengan saya dan suami. Insya-Allah tahun depan apabila ulang tahun kelahirannya yang pertama, bolehlah sambut bertiga,” katanya lagi.

Tidak menyangka video yang dikongsikan di TikT0k meraih melebihi 77,000 jumlah tontonan, Farihah mengakui berasa terharu dan sebak apabila membaca komen warga maya yang rata-ratanya tumpang gembira di atas kelahiran cahaya mata sulungnya.

“Selain itu banyak juga komen daripada pasangan yang masih lagi TTC (trying to conceive) berkongsi kisah masing-masing. Memang sebab sebab kita pernah melaluinya.

“Kepada pasangan TTC, semoga sentiasa kuat, sabar dan reda. Percayalah kepada rezeki. Kepada para suami, hargailah isteri masing-masing, sentiasa bersabar saling menyokong antara satu sama lain,” akhirinya.

Sumber:Mstar