Tiada duit, wanita tebal muka minta tukar tepung dengan susu! Ramai sebak kenang masyarakat kembali ke sistem barter
Kebanyakkan individu pasti pernah mengalami masal4h kewangan sehingga ada yang diisytiharkan mufl1s.
Situasi yang dihadapi ada kalanya berlarutan selama bertahun-tahun seterusnya menjejaskan aktiviti dan kehidupan harian mereka.
Namun bagi meneruskan hidup, sesetengahnya sanggup ‘tebal muka’ dengan memohon b4ntuan daripada orang terdekat mahupun rakan taulan.
Menerusi satu hantaran tular di Fb, seorang wanita didapati membuat permintaan untuk menukarkan tepung yang dimiliki dengan susu untuk bayi berusia bawah setahun.
“Nak tukar susu Dutch Baby 0-12 bulan dengan tepung. Susu nak satu je, tepung saya ada enam.
“Tak kisah berapa gram pun susu, janji nak tukar, nak guna untuk anak,” ujarnya sambil menyatakan posting akan dipadam apabila berjaya memperoleh susu tepung.
Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Yuni yang beranggapan sistem barter adalah kaedah terbaik untuk digunakan masa kini.
Malah baginya, kaedah yang diamalkan masyarakat dahulu bersesuai dengan situasi kebanyakan masyarakat yang mengalami masal4h kewangan dan kekurangan wang.
Kita rasa kita dah cukup susah, rupanya ramai lagi kat luar sana yang lagi susah.
“Sistem barter ni sebenarnya berguna untuk zaman sekarang, ramai orang kekurangan duit,” ujarnya.
Ramai yang meluahkan rasa sedih dengan situasi yang dialami segelintir individu sehingga terpaksa menebalkan muka untuk meminta bantuan daripada masyarakat.
Warga maya turut mendoakan wanita terbabit supaya dipermudahkan rezeki.
Warga maya turut mendoakan wanita berkenaan supaya dipermudahkan rezeki.
“Allah sedihnya, saya pergi klinik selalu terjujur dengan jururawat yang anak tak minum susu Dutch Baby, jadi mereka tak beri susu percuma.
“Beberapa tahun lalu pernah di situasi begini, ya Allah, peritnya saat ni. Biar hilang maru4h daripada anak kelaparan.
“Selalu yang macam ni, mereka dapat bantuan makanan bulanan, jadi barang makan ada cuma untuk keperluan bayi tu mungkin dapat bantuan tunai.
“Kita rasa kita dah cukup susah, rupanya ramai lagi kat luar sana yang lagi susah. Semoga dipermudahkan urusan kita semua,” demikian luahan beberapa warga maya.
Sumber:HM