Wanita Mninggal Dunia Selepas Susukan Anak, Pergi Dalam Pelukan Suami
Kehilangan insan tersayang merupakan salah satu ujian terbesar yang pasti dilalui oleh setiap insan. Ia merupakan satu ketentuan yang telah tertulis dan tidak dapat dielakkan, tetapi tetap meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang ditinggalkan.
Kesedihan, kerinduan, dan kekosongan yang dirasai adalah lumrah, namun setiap kehilangan membawa hikmah dan pelajaran tersendiri.
Di laman Threads, seorang pengguna, @amirul_n4fis, berkongsi kisah pilu mengenai pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah, yang menghembuskan nafas terakhir ketika tidur dalam pelukannya selepas selesai menyusukan bayi mereka yang baru berusia dua bulan.
“Allah… Pergi dalam tidur, dalam pelukan saya. Selesai susukan baby, dia tidur dan ajalnya dijemput dalam tidur,” coretnya.
Menurut @amirul_n4fis, pemergian isterinya amat mengejutkan kerana arwah tidak pernah mengadu sakit atau menunjukkan sebarang tanda kesihatan yang merisaukan sebelumnya.
Jnazah arwah kemudian dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kemati4n. Hasilnya, doktor memaklumkan bahawa arwah mengalami jangkitan pada bahagian paru-paru.
Dalam perkongsian yang penuh emosi itu, @amirul_n4fis turut menceritakan bahawa mereka sekeluarga sempat bercuti beberapa hari sebelum tragedi tersebut berlaku. Kenangan manis itu menjadi memori terakhir buat mereka bersama.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Allahyarhamah sempat memuat naik gambar di aplikasi WhatsApp yang memaparkan dirinya sedang memegang bayi mereka di tepi pantai.
Gambar itu kini menjadi simbol cinta dan kenangan terindah buat keluarganya.
“Selamat jalan bidadariku. Terima kasih hadir dalam hidup papa selama 582 hari. 6/1/2025 papa kehilangan sayang. Kita dah rancang macam-macam tetapi Allah lebih sayangkan mama.
Papa redha. Papa akan jaga amanah Allah dan Faleeq tetap akan papa pelihara. Membesar dengan baik. Papa sayang mama sangat-sangat tetapi Allah lebih sayangkan mama.
Nanti hari-hari papa datang tengok mama. Doakan papa dan Faleeq ya,” tulis @amirul_n4fis penuh kesedihan.
Perkongsian itu telah menyentuh hati ramai pengguna Threads yang turut mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Mereka juga memberikan kata-kata semangat kepada @amirul_n4fis untuk terus tabah menghadapi ujian ini.
Semoga roh Allahyarhamah Nur Izzaty Hafizah ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Sumber: hm