Wanita Meraung Kesedihan 2 Ekor Kucing M4ti Serentak , Seekor Dalam Perut Ular , Seekor Lagi Kena Belit . Masih Lagi Trauma Dekati Sangkar Si Bulus.
Ramai yang seb4k menyaksikan video seorang wanita mer4ung apabila dua ekor kucing peliharaannya menjadi mngsa ular sawa.
Menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu, kelihatan dia seperti hil4ng kawalan namun cuba ditenangkan oleh se0rang wanita bertelekung.
Dapat dirasakan betapa luluh hatinya sebaik mendapat perkhabaran duk4 mengenai kucingnya yang m4ti ditelan seekor ular, dan seekor lagi m4ut akibat dibelit.
Sayu berkongsi cerita kepada mStar, wanita berkenaan, Nur Afiqah Zainudin berkata, kejadian berlaku di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor pada 4 Julai lalu.
Nur Afiqah memberitahu, ketika itu dia baru pulang dari tempat kerja di Kuala Lumpur namun ins1den berkenaan dipercayai berlaku waktu subuh.
“Sebelum pulang dari tempat kerja pukul 9 pagi, adik saya menghantar WhatsApp beritahu jngan kurung anak kucing dan saya membalas okay.
“Apabila saya tiba di rumah, saya melihat sangkar kucing sudah terbuka dan makanan kucing berterabur. Saya bertanyakan adik tentang kucing-kucing dan dia beritahu dah m4ti.
“Saya terk3jut dan mer4ung macam hilang arah. Ibu yang baru selesai solat cuba menenangkan saya,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dua ekor daripada tiga kucing ini m4ti angkara seekor ular sawa.
Wanita berusia 28 tahun itu tampil menjelaskan bahawa sebanyak tiga ekor kucing ditempatkan dalam sangkar untuk dihantar bagi vaksinasi.
“Ada komen di video mempersoalkan kenapa kurung kucing dalam sangkar? Sal4h satu sebabnya kerana ia perlu ditempatkan secara indoor untuk dipastikan sihat sebelum div4ksin.
“Masa kejadian tu, ada tiga ekor kucing di dalam sangkar iaitu Moji, Haehae dan Ceddy. Saya tidak mahu tiga ekor kucing tu dij4ngkiti penyak1t daripada kucing-kucing yang lain,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam.
Keadaan seekor kucing yang terbujur kaku.
Jelas Afiqah lagi, kejadian itu disedari adik lelakinya yang sempat melihat ular sawa berkenaan mer4gut dua ekor kucingnya masih berada di dalam sangkar.
“Ular masuk dalam sangkar dan menelan Moji sebelum membelit Haehae. Ceddy pula terselamat,” ujarnya dengan nada seb4k mengenai kemati4n dua daripada 15 ekor kucing yang dibelanya.
Seekor anak kucing ditel4n ular sawa.
Menurut anak keempat daripada enam beradik itu, dia menganggap kucing sebagai sebahagian daripada jiwanya sendiri.
“Setiap kali pulang daripada tempat kerja, mereka akan berlari ke arah saya. Lebih setahun saya bela dua kucing tersebut. Alhamdulillah, dua ekor ni tak pernah s4kit sepanjang hayat mereka.
Cara kucing-kucing ni ‘pergi’ membuatkan saya tergamam… tak sanggup dan tak mahu membayangkan.
“Antara yang dikenang adalah sifat manja kucing-kucing ni. Paling tak dilupakan adalah pandangan mata kucing-kucing ni ketika saya beri makanan dan peluk,” katanya.
Namun Afiqah yang merupakan pembantu penyediaan makanan tidak menyangka begitu cara pengakhiran dua kucing kesayangannya.
“Cara kucing-kucing ni ‘pergi’ membuatkan saya tergamam. Saya tak sanggup dan tak mahu membayangkan. Sehingga ke hari ini, sangkar kucing tersebut tidak terusik.
“Saya masih t4kut untuk mendekati sangkar tersebut. Saya hanya sempat membawa Haehae untuk div4ksin dan meluangkan masa bersama di dalam kereta,” katanya lagi.
Hingga kini video yang dimuat naik kakak Nur Afiqah di akaun TikT0k @eayazainuddin meraih lebih empat juta tontonan.
Sumber:TT