Wanita Ini Cuba Ikhtiar , Bawa Ziarah Puasara Arwh Ubati Rindu . Oyen Tak Lalu Makan Asyik Mengiau-ngiaun Hidu Tempat Abah Selalu Baring.

Sama seperti manusia, kucing juga sebenarnya mempunyai perasaan sayang dan rindu kepada individu yang rapat dengannya.

Begitulah juga dengan si bulus bernama Oyen yang dipelihara oleh keluarga Siti Aliah Kassim.

Haiwan tersebut menunjukkan perubahan yang ketara sejak dua minggu lalu, susulan pemergian bapa Siti Aliah, iaitu Allahy4rham Kassim Othman, 66, pada 29 Jun lalu.

Menerusi beberapa rak4man video yang dikongsikan oleh Siti Aliah di TikTok, Oyen kelihatan murung, banyak menghabiskan masa dengan tidur dan tidak aktif seperti selalunya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Aliah berkata Oyen sememangnya terlalu rapat dengan arwh bapanya berbanding dia dan ahli keluarga lain di rumah.

“Oyen ni sebenarnya kucing jiran yang kerap bertandang ke rumah. Kami memang meletakkan makanan kucing di luar untuk mana-mana kucing yang singgah.

“Tapi Oyen ni speci4l sikit… ia dah macam kucing sendiri, bebas keluar masuk rumah malah sangat manja dengan arwh abah. Abah pula dah pencen, memang sentiasa ada masa melayannya.

“Kalau dengan abah, tak payah panggil pun ia datang sendiri bermanja. Kalau dengan kami, nak belai sekejap pun payah sebab ia akan lari.

“Dipendekkan cerita, abah dimasukkan ke hspital kerana jatuh s4kit dan mninggal dunia selepas seminggu dirawat. Kami balik rumah dengan membawa jnazah.

Foto yang sempat dirakam sebelum bapa Siti Aliah mengh3mbuskan nafas terakhir pada 29 Jun lalu.

“Kiranya seminggu Oyen tak jumpa arwh abah… apabila kami balik, ia mengiau-ngiau mencari mungkin sebab ingat abah balik sekali,” kongsinya.

Sehari selepas bapa Siti Aliah mninggal dunia, si bulus itu masih mengiau-ngiau dan menghidu tempat arwh selalu berbaring.

Berubah menjadi tidak aktif seperti selalu, Siti Aliah juga berkata selera makan Oyen turut terjejas.

Alhamdulillah selepas bawa ke kvbur, nampak sedikit perubahan positif pada Oyen.

“Saya sebenarnya tak dapat menjangka perubahan Oyen ada kaitan dengan arwh abah. Sebab inilah kali pertama kami kehil4ngan ahli keluarga paling dekat.

“Saya agak mungkin Oyen rindu arwh sebagaimana kami… jadi kami cuba juga bagi baju abah. Oyen cium-cium juga tapi tetap murung. Pandangannya macam kosong.

“Akhirnya kami cuba bawa ia ke kubur arwh. Dekat kubur tu ia mengiau-ngiau mungkin nak cuba sampaikan sesuatu. Alhamdulillah selepas bawa ke kubur, nampak sedikit perubahan positif pada Oyen.

“Sepertinya ia puas dapat ziarah kubur arwh abah,” ujar Siti Aliah yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Rawang, Selangor.

Arwh bapa Siti Aliah melayan kucing yang bertandang ke rumahnya.

Tidak menyangka perkongsian videonya menjadi tular, Siti Aliah melahirkan rasa terharu dengan komen, kata-kata semangat dan doa yang dititipkan warga maya.

“Ramai juga kongsi kisah kucing mereka yang serupa seperti Oyen. Bagi mereka yang memelihara kucing, peliharalah sebaik-baiknya… kita tak tahu rezeki kita mungkin doa daripadanya juga.

“Akhir sekali saya mohon warga maya untuk mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwh abah,” akhirinya.

sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *