Wanita India Amalkan 3 Ajaran Islam Dalam Hidup , Ramai Terpaku Bahasanya Secantik Senyuman.

Kepelbagaian kaum, ag4ma dan budaya yang wujud di negara ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik.

Ia dibuktikan lagi dengan video tul4r, memaparkan seorang wanita India yang turut mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.

Menurut Pavindra Ragonathan, dia belajar tentang kebaikan berdoa pada hari Jumaat sehingga amalan itu menjadi kebiasaan buatnya.

“Tiga pengajaran (ajaran) dari Islam yang saya amalkan sampai sekarang. Yang pertama adalah berdoa waktu hujan. Lagi-lagi kalau hari tu hari Jumaat.

“Dari dulu sampai sekarang, kalau hujan memang saya akan berdoa. Tak kisah la, kalau hujan je saya berdoa,” ujar Pavindra memulakan bicara.

Selain berdoa ketika hujan, Pavindra juga tertarik akan konsep sedekah dalam Islam dan mengamalkannya kerana menganggap ajaran ag4ma lain juga satu ilmu buatnya.

Ag4ma itu adalah ilmu dan ilmu itu luas.

“Yang kedua senyuman itu sedekah. Kita tak perlu memberi beratus-ratus, beribu-ribu (wang) kepada orang yang memerlukan. Kita bagi apa yang kita mampu saja.

“Kadang-kadang senyuman kita tu boleh membuatkan orang lain bahagia. Ketiga adalah jangan ked3kut dengan ibu bapa, dengan adik-beradik. Berkongsi rezeki dengan mereka.

“Sekali-sekala belanja makan. Tak kisahlah, kawan pun boleh, rakan sekerja pun boleh. Sebab apa, dalam rezekiku, ada rezekimu jua. Ag4ma itu adalah ilmu dan ilmu itu luas,” ujar Pavindra lagi.

Video yang dikongsi Pavindra meraih 1.4 juta tontonan selepas ia dikongsi menerusi aplikasi TikT0k.

Menjengah ke ruangan komen, ramai umat Islam di negara ini memuji Pavindra dan berharap kisahnya memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

“Menitis air mata bila dengar macam ni. Terbaik you.

“Non muslim pun tahu. Ni ada sesetengah orang Muslim tahu tapi tak buat pun.

“Betul sangat sis. Terbaik, semua agama itu mengajar perkara yang baik-baik,” tulis beberapa net1zen.

Selain itu, net1zen turut memuji rupa paras Pavindra serta kefasihannya bertutur bahasa Melayu dalam video berkenaan.

“Sangat cantik bahasa awak secantik dan semanis senyuman.

“Patutlah muka dia manis. Rupanya suka sedekah senyuman,” tulis pelayar TikT0k lagi.

Sumber:hm