Wanita Hampir Hilang Nyawa Selepas Makan Buah Viral Donut Peach .
Sejak kebelakangan ini, buah donut pic yang dikenali juga sebagai donut peach atau flat peach berbentuk oblate kini sohor kini di media sosi4l terutama TikT0k.
Seperti dijangka, kuasa tular membuatkan ramai tidak melepaskan peluang untuk mencari, membeli dan merasai sendiri keistimewaan yang terdapat pada buah donut pic yang kaya dengan khasiat Vitamin C, Vitamin A, Potasium dan Fiber.
Nyawa hampir hil4ng selepas makan donut peach
Bagaimanapun, tidak semua bernasib baik seperti dialami oleh seorang wanita dikenali @sherynaaa02 selepas 15 minit menikmati sebiji donut peach dan terpaksa dikejarkan ke wad kec3masan.
Wanita berkenaan berkongsi pengalamannya mencuba buah donut peach tul4r, namun dirinya tidak berdaya selepas perutnya berasa kurang selesa atau sebu dan munt4h selain timbulnya biji-biji gatal di bahagian lengan.
“Makan dalam 15 minit, sebu munt4h-munt4h, naik biji-biji gatal-gatal. Terus kena pergi wad kecemasan, perlu cucuk, baru jadi manusia balik (pulih).
“Kalau tak cucuk, macam beruk dok garu-garu. Ini pengalaman aku makan buah vir4l, berbaki lagi 3 biji suruh laku aku sajalah makan,”kongsinya.
Rasa sesak nafas macam separuh nyawa
@sherynaaa02 berkata, dirinya mula terjebak makan buah donut peach selepas memakan buah pemberian rakannya. Namun, tidak menyangka merasai pengalaman perit iaitu mengalami ses4k nafas seperti sudah kehilangan separuh nyawa.
Katanya lagi, d0ktor juga menasihati untuk berhenti menggaru, tetapi tidak boleh, lebih-lebih lagi pada bahagian muka selain menunjukkan contoh gambar keadaan biji-biji gatal berkenaan.
“Doktor cakap berhenti garu-garu, tapi sump4h tak boleh berhenti. Muka rasa pedih-pedih, perut sebu angin tak keluar. Muntah-muntah lagi.
“Makan buah tu tak lama pun, dalam 15 minit macam tu saja terus ada kesan. Ini pengalaman saya makan buah donut peach vir4l tu, lain orang lain rasanya.
“Bukan saya gila-gila nak terjebak sebab vir4l, kawan saya bagi, saya hargai. Saya pun tak salahkan dia. Harap jelas ya,”terangnya lagi.
Pesanan buat orang ramai di luar sana, pastikan diri sendiri peka dan buat sedikit kajian agar dapat mengenalpasti alahan sebelum mencuba sebarang makanan tular di media sosi4l.
Sumber: TikT0k @sherynaaa02,omm