Wanita dihempap kayu balak akan jalani pembed4han, buang sebelah buah pinggang

Kakak kepada mngsa, Siti Norelyana Kamaruzaman iaitu Ujiriah berkata, adiknya juga akan menjalani pembed4han pada tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru-paru dan hempedunya yang mengalami luk4 teruk.

Bagaimanapun, Ujiriah berkata, adiknya yang juga anak ke-10 daripada 12 beradik adalah seorang yang sangat kuat untuk melawan kes4kitan.

“Alhamdulillah, keadaan adik kini stabil dan dia masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

“Saya dimaklumkan, doktor akan melakukan pembedahan membuang buah pinggangnya yang rosak sebelah, tulang belakang, punggung, tulang rusuk, hati, limpa, paru-paru dan hempedu yang mengalami luk4 teruk.

“Namun, setakat ini d0ktor perlu menunggu sehingga keadaan adik baik sebelum menjalani pembedahan itu,” katanya.

Sementara itu, mereka sekeluarga juga memohon orang ramai mendoakan Siti Norelyana kembali sihat.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita cedera par4h selepas dirempuh kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, Siti Norelyana terc4mpak daripada motosikalnya akibat rempuhan kayu balak yang jatuh dari lori yang terbalik ketika mengambil selekoh di laluan bersebelahan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo memberitahu penyambung pada lori pengangkut balak itu patah ketika melalui selekoh dipercayai menjadi punca kayu balak terjatuh dan tergolek sebelum merempuh penunggang motosikal wanita yang kebetulan berada di situ.

Difahamkan pemandu lori berkenaan tidak memiliki lesen memandu dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Hm