Walaupun Umur Cecah 95 Tahun , Nenek Steady Kongsi Petua Untuk Tingkatkan Daya Ingatan.

Setiap daripada kita sudah pasti menginginkan kehidupan di usia tua untuk hidup dengan keadaan baik dan memiliki ingatan yang kuat serta tubuh badan yang sihat.

Amalkan selawat sebelum tidur

Di laman TikT0k, tul4r sepotong video mengenai kisah seorang nenek berusia 95 tahun yang ingatannya masih kuat dan tidak nyanyuk.

Menerusi video yang dimuat naik @doreentifani, nenek berkenaan berkongsi beberapa amalan yang dilakukan sebelum tidur. Antara amalan tersebut adalah membaca selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad dan beberapa surah yang terkandung dalam Al-Quran.

Nak tidur baca Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, empat qul semua itu. Lepas itu baca Laqad Jaa Akum, selawat Ulul Azmi, syafaat Nabi, selawat Fateh. Baca itu je je kalau nak masuk tidur.

Net1zen ucap terima kasih

Perkongsian berkenaan selaki gus mendapat perhatian wargamaya yang mana rata-rata mereka memuji amalan yang dilakukan oleh nenek berkenaan.

Malah, ada juga dalam kalangan wargamaya yang menyampaikan ucapan terima kasih kepada nenek itu kerana berkongsi amalannya.

Sumber: TikT0k