[Vidoe] “Saya rasa diri sangat hin4” – Janna Nick mengaku silap undang Ustaz Wadi baca doa, niat mahu keberkatan majlis kahwin saya.
PELAKON Janna Nick tampil memberi penjelasan berhubung isu kehadiran pendakwah, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub yang membaca doa di majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di sebuah resort mewah di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu.
Kata Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, niatnya menjemput pendakwah popular berkenaan untuk memohon keberkatan kepada Allah SWT agar urusan perkahwinannya itu berjalan lancar.
Janna bagaimanapun tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak sehingga pendakwah itu dikecam hebat oleh netizen.
Janna dan Dini semasa majlis bacaan doa selamat untuk pernikahannya.
“Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan doa selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘memimpin isi rumah ke syurga’.
“Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu kalau dalam Islam ini orang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf… saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.
“Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya,” katanya kepada pemberita.
Janna menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media filem Jemputan Ke Ner4ka yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada petang Isnin.
Sementara itu, Janna berkata dia enggan lagi memanjangkan isu berkenaan memandangkan masing-masing telah membuat penjelasan.
Janna juga memberitahu dia sudah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pendakwah berkenaan.
“Ustaz Wadi dah buat penerangan bagi pihak dia dan saya pun tak nak panjangkan perkara ini kerana saya menghormatinya dan para ulama yang berada di Malaysia sebab mereka adalah ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada kita.
“Saya sebagai orang yang cetek ilmunya ini sangat menghormati mereka, saya rasa diri ini sangat hina jika dibandingkan dengan mereka.
“Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi… kalau dia pun sudah maafkan saya harap semua boleh hentikan isu ini,” jelasnya.
Berkongsi momen indah semasa majlis perkahwinannya itu, Janna berkata dia terkejut dengan kehadiran mengejut aktor dari Indonesia iaitu Baim Wong.
Janna berkata awalnya dia mendapat tahu Baim tidak dapat menghadiri majlisnya kerana akan berangkat menunaikan ibadah haji.
“Saya sangat terharu dengan kehadiran Baim Wong dia datang itu sebagai kejutan sebab dia ada maklumkan tak dapat datang kerana tunaikan haji.
Majlis Janna dan Dini meriah dihadiri rakan terdekat.
“Dia adalah orang pertama yang saya beritahu semasa saya nak berkahwin sebab dia jauh di Ind0nesia… kami agak rapat cuma tak uar-uarkan di media s0sial.
“Dia sampai pukul 11 malam di Kuala Lumpur pada sehari sebelum saya nikah… dia telefon saya untuk bertanya lokasi pernikahan saya,” ceritanya.
Pada 10 Jun lalu, Janna dan suami iaitu Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid A’isyah Sungai Menghulu, Pulau Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Janna iaitu Muner Abdullah dengan bersaksikan pengerusi masjid berkenaan, Othman Yahya.
Pada majlis tersebut Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,603 berserta seutas rantai emas.
Sumbar; Mstar