Video Terakhir Arwh Cikgu Ery Mengaji Surah Al-Baqarah Sentuh Hati Netizen , Ramai Puji Suara Lunak Dan Merdu

Berita duk4 mengenai pemergian guru yang disenangi ramai, Cikgu Ery pada Rabu mengejutkan banyak pihak.

Kehilangannya turut dirasai seluruh kakitangan dan murid-murid di Sek0lah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi di Klang, Selangor iaitu tempat Allahy4rham Cikgu Ery berkhidmat.

Ini termasuk puluhan ribu pengikutnya di TikT0k yang selama ini sentiasa mengikuti rakaman video arwh secara langsung mengetuai senamrobik dan zumba.

Selain membuat live mengenai aktiviti senaman, Cikgu Ery atau nama sebenarnya Mohd Khariri Mohamad Ramli juga sering bersiaran langsung sambil membaca al-Quran.

Malah video terakhir yang dikongsikan di TikT0k milik arwh juga menunjukkan dia sedang memperdengarkan bacaan daripada surah al-Baqarah ayat 203 hingga 205.

“Rumah ngaji di Dewan Orang Ramai Kg Idaman. Disemak bacaan oleh tenaga pengajar. Masih belajar dan terus belajar,” tulisnya dalam hantaran terakhir kira-kira seminggu lalu.

Dalam perkongsian berasingan, Cikgu Ery yang berasal dari Ipoh, Perak turut memaklumkan segala urusan berjalan lancar sepanjang menghadiri kelas bacaan al-Quran di dewan tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata net1zen memuji kelunakan suara Cikgu Ery membaca al-Quran.

Malah mereka turut mendoakan Cikgu Ery dan berkongsi mengenai keperibadian arwh.

“MasyaAllah, sedapnya cikgu baca al-Quran. Moga cikgu ditempatkan di syurga tertinggi.

“Insan yang sangat saya kenali dan sangat baik. Moga cikgu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Syurga buatmu cikgu,” demikian antara komen net1zen.

Sementara itu, Guru Besar SK Bukit Tinggi, Adlin Amir Hamzah menyifatkan Cikgu Ery sebagai seorang guru yang disenangi di sekolah.

Malah katanya, guru subjek bahasa Melayu itu begitu dedikasi terhadap prestasi sekolah terutama kemajuan murid-murid.

“Cikgu Ery seorang yang kreatif, dia menghias cantik kelasnya untuk kesenangan murid-muridnya belajar dengan lebih selesa.

“Kali terakhir pihak kami (guru-guru) berhubung dengan arwh juga adalah berkaitan dengan pendidikan dan perkembangan murid-murid,” katanya

Insan yang sangat baik… moga cikgu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Menurut Adlin, Cikgu Ery yang berkhidmat di sekolah itu sejak 2019 pernah mengadu mengalami masalah sesak nafas.

“Dia seorang yang aktif, sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti senaman di luar sek0lah bersama kumpulannya. Dia merupakan guru sesi petang dan sepatutnya hadir mengajar pada petang ini. Tapi Allah lebih sayangkan Cikgu Ery,” katanya lagi.

Terdahulu, Adlin mengesahkan Cikgu Ery menghembuskan nafas terakhir pada pagi Rabu, dipercayai akibat ser4ngan jantung.

Menurutnya, arwh rebah ketika mengetuai aktiviti senaman bersama kumpulannya di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

Ketika itu Cikgu Ery turut berkongsi pengalamannya mengerjakan umrah pada Disember 2022 dan merupakan kali ketiga dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci sejak 2012.

“Untuk umrah kali ini, ujiannya lagi dahsyat. Sebelum ini kes-kes yang melib4tkan usahawan k0smetik dan pengkid, jadi tempias tu berlaku pada saya.

“Setiap kali nak masuk (tempat), saya diperiksa. Iyalah, muka saya muka operate, body operate. Jadi ini ‘tinggalan sejarah’, saya bekas mak nyah.

“Tapi saya bukannya pakai jubah perempuan, bukannya pakai mekap, bukannya pakai bra (cuma) wajah persis wanita dan suara seakan-akan wanita,” katanya 

Tambah Cikgu Ery, sungguhpun berdepan ujian dia tetap p0sitif kerana yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Saya sentiasa p0sitif, apa yang berlaku sama ada baik atau buruk, ada hikmah di sebaliknya dan ujian itu sebagai satu nikmat.

“Bagaimanapun umrah kali ketiga ini membuatkan saya lebih tenang walaupun menghadapi pelbagai kesulitan, cabaran dan uji4n. Saya anggap ini sebagai satu nikmat.

“Syurga Allah itu mahal. Jadi saya tidak pernah berputus asa dan saya ambil apa yang berlaku ini sebagai satu ibrah,” kata Cikgu Ery yang merujuk ibrah sebagai pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehidupan sendiri seperti ujian dan musibah.

Sumber:Mstar , FB