Video Masak Bersama , Ramai Tersengih Tengok Aksi Sweet Shuib Dan Watie.

Baru kembali mendirikan rumah tangga, kehidupan pelawak dan penyampai radio Shuib terus menjadi perhatian net1zen apatah lagi dengan kehadiran isteri tercinta Watie Hanifiah.

Terbaru, pasangan itu mempromosikan sebuah produk makanan popular melalui video lak0nan yang dihasilkan sebelum dimuat naik menerusi satu hantaran di laman Instagram.

Menerusi video tersebut, kedua-duanya dilihat mempunyai cita rasa yang sama sekali gus memilih produk tersebut untuk dimasak bersama di dapur.

Aksi ‘sweet’ memasak!

“Tak sangka, bangun-bangun ada orang tolong buatkan (masak),” tulis Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad.

Meninjau di ruangan komen, ramai pengikut melu4hkan rasa terhibur dan tersengih apabila melihat aksi ‘sweet’ pasangan tersebut sehingga dapat merasai kebahagiaan dalam diri masing-masing.

Sementara itu, segelintir individu meng4kui juga gemar melihat perwatakan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah yang disifatkan tidak berpura-pura sebaliknya menjadi diri sendiri.

‘Bersemut’ tengok! Moga bahagia selalu

Tersengih.. suara Watie macam arwh Siti Sarah



Orang lain tu tak payah kec4m sangat

Aku tersenyum dari awal

Sweet’! Watie ni mudah terhibur

Moga kekal sampai syurga

Untuk rekod, Shuib dan Watie selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya pada Jumaat lalu.

Sumber: Ig Shuib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *