Van dipandu ros4k, lelaki menangis tepi jalan bersama jnazah bapa mentua

lelaki menangis tepi jalan bersama jnazah bapa mentua susulan van yang dipandu dari Sandakan menuju ke Bongawan, Papar mengalami kerosakan.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna Fb dikenali sebagai Mohd Ariff Ahmad, dia memaklumkan yang van dipandu mengalami kerosakan di bahagian pam brek dan bapa mentuanya mninggal dunia sewaktu dalam perjalanan tersebut.

“Al-fatihah untuk bapa mentua…baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

“(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir,” tulisnya.

Lelaki menangis tepi jalan, van dipandu alami mas4lah pam brek
Dia yang mahu membawa bapa mentuanya tinggal di kampung telah membuat siaran langsung selama 40 minit memaklumkan keadaan bapa mentua dan dirinya yang terkandas.

Situasi hiba itu telah dikongsikan menerusi hantaran di media sosi4l dan berharap agar ada van jnazah melalui kawasan tersebut bagi membantu membawa jnazah bapa mentuanya.

“Andai kata ada van jnazah untuk bawa ke Bongawan, terima kasih tetapi itulah tiada kedengaran (maklumat) dari Tamparuli ke simpang Kota Belud.

“Kami berasa di sebelum simpang Kota Belud, kalau dari Kundasang selepas simpang Kota Belud,” katanya.

Dia yang berada dalam kesejukan memaklumkan tiada orang yang melalui kawasan tersebut bagi menghulurkan bantuan ketika itu dan berharap supaya ada bantuan untuk menguruskan jnazah bapa mentuanya.

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata berharap supaya dia segera diberi pertolongan lebih-lebih lagi dalam menguruskan jnazah.

Mereka juga mendoakan supaya urusan lelaki terbabit dipermudah serta menzahirkan rasa simpati melihat situasi cemas yang sedang dihadapinya.

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *