Pengacara uyaina Arshad selamat timang anak kedua, ikut nasihat d0ktor bersalin secara pembed4han

Uyaina Arshad selamat melahirkan cahaya mata kedua di Hspital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Bayi lelaki seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara pembed4han pada pukul 10 pagi.

Kata Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dia memilih untuk menjalani prosedur pemebed4han atas nasihat doktor susulan m4salah jantung yang dialami.

“Saya memang ada mas4lah jantung seperti yang pernah dikongsi sebelum ini, jadi atas nasihat doktor kita memilih untuk lakukan pembed4han. Saya juga bersalin dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar.

“Memanglah gementar sebab pelbagai risik0 jika bersalin secara pembed4han. Mungkin baik untuk baik, tetapi untuk ibu boleh berlaku kekurangan dar4h atau sebagainya.

“Syukur semuanya selamat,” katanya

Uyaina dan suaminya iaitu Raja Syahiran turut berkongsi berita gembira kelahiran cahaya mata mereka di laman Ig.

Pasangan ini juga sudah mempunyai nama untuk anak mereka itu namun belum bersedia dikongsikan kepada umum.

“Tunggulah selepas tujuh hari nanti. Kami akan kongsikan nama dan wajah anak. Mungkin itu lebih baik.

“Sekarang ini rasanya tak elok untuk terlalu berkongsi kerana anak masih kecil,” ujarnya.

Dalam masa sama Uyaina juga memberitahu dia tidak merancang untuk bercuti lama dan hanya mengambil waktu rehat sepanjang tempoh berpantang sahaja.

“Ada banyak tawaran kerja, cuma sekarang perlu fokus untuk proses pemulihan dan berpantang dahulu. Rasanya tak cuti lama, lepas habis berpantang saya akan terus kerja,” jelasnya.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan mereka juga memiliki seorang lagi cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun.

Sumber:Mstar