Uyaina Arshad Keguguran , Sempat Buat Kejutan Hamil Anak Kedua.
Rakaman kejutan anak kedua kini hanya tinggal kenangan buat Uyaina dan suami.
IMPIAN pelak0n dan pengacara Uyaina Arshad menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mended4hkan mengalami keguguran.
Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, dia sempat membuat kejutan buat suami iaitu Raja Syahiran ketika bercuti di Anantara, Desaru, Johor pada Mei lalu bagi memaklumkan dia sedang hamil.
Bagaimanapun kata Uyaina dia mengalami keguguran tidak lama selepas itu.
“Video ini diambil waktu bulan lima masa kami bercuti di Anantara. Alhamdulillah Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua.
Uyaina buat kejutan untuk suami.
“Gembira… tak boleh diungkap dengan kata-kata. Syukur,” katanya.
Uyaina berkongsi perkara itu menerusi sebuah video di Instagram miliknya yang turut memaparkan dia memberi kejutan buat suaminya.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat Raja Syahiran turut bergembira dengan khabar tersebut manakala dia pula men4ngis kerana terasa sebak.
Namun Uyaina tetap melu4hkan rasa syukur kerana diberi kesempatan untuk mengadung buat kali kedua walaupuan dalam jangka masa yang pendek.
“Tapi sayang kandungan tak lama… Uyaina keguguran. Walaupun sekejap tapi tetap Alhamdulillah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” luahnya.
Dalam kesempatan itu juga ibu kepada seorang cahaya mata itu meluahkan rasa syukur kerana melalui saat-saat itu bersama suaminya di sisi.
Malah dia berharap kebahagiaan bersama suaminya akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Uyaina bersyukur suami sentiasa setia di sisi.
“Dan hari ini, hari lahir suamiku. Saya bersyukur yang saya lalui perkara ini bersama awak. Terima kasih sebab sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk saya dan Urhan.
“Saya doakan yang terbaik untuk awak dalam setiap apa yang awak buat. Dan semoga Allah kurniakan rezeki yang tak disangka-sangka untuk kita berdua.
“Saling sayang menyayangi, hormat menghormati, dan berkasih sayang hingga ke syurga. Aamin,” luahnya.
Untuk rek0d, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Shahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raja Urhan pada 8 September 2022.
Sumber:mstar