Ustazah Norhafizah nenek pada usia 47 tahun, sambut cucu pertama Sara El Latheefa
Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa pend4kwah yang dikenali ramai. Suara yang lembut dan penuh sifat keibuan membuatkan ramai mudah tersentuh dan tertarik mengikuti ilmu yang disampaikan.
Pemegang ijazah ked0ktoran (PhD) dalam Psikologi Islam itu yang juga merupakan suri hati kepada Ustaz Dr Azhar Yaakub berkongsi di laman sosial Instagram selamat menyambut kelahiran cucu pertama.
Pada usia 47 tahun, Ustazah Norhafizah mengucapkan kesyukuran atas kehadiran cucu perempuan yang dinamakan Sara El Latheefa.
“Alhamdulillah atas kurniaan zuriat keturunan kepada kami. Semoga kami bagi sekalian orang bertakwa menjadi ikutan yang baik. Aamiin. Selamat datang cucu kami Sara El-Latheefa.”
Cucu daripada anak keduanya, Ustaz Asyraf Murtadha itu diberikan nama, disempurnakan tahnik dan akikah pada hari ketujuh kelahiran.
“Mudah-mudahan beliau menjadi wanita solehah, cekal, beriman, rupawan, ilmuan, cantik budi pekerti, dihiasi kelembutan hati nurani dan tutur kata peribadi mulia.
“Kata Tokwan nya (@drazahar.yaakub) makna el- Latheefa itu ialah kelembutan memberi impak positif yang besar. Aamiin,” titip mantan pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia itu.
Penasihat akademi tahfiz Madinatul Huffaz itu turut menitipkan doa buat Ustaz Asyraf dan menantunya, Aisyah Zafirah.
“Kami mendoakan agar @asyrafmurtadhaa & @sazafieraa dapat menjadi ayah dan ibu yang mithali untuk anak-anak kalian, dididik dengan acuan agama penuh hikmah bijaksana.
“Semoga sahabat-sahabat semua sudi mendoakan kebaikan buat keluarga kami dan dijauhkan dari segala kemudaratan. Masya-ALLAH la quwwata illa billah,” titipnya.
Teruja dengan perkongsian berita gembira, warganet menzahirkan ucapan tahniah dan berdoa. Tidak kurang yang memuji keindahan nama cucunda beliau.
Ustazah Norhafizah dan Ustazah Dr Azhar Yaakub dikurniakan tujuh cahaya mata yang terdiri daripada tiga putera dan empat puteri.
Sumber:HM