Ustazah Asma Harun tegur influencer muslimah yang rapatkan wajah di skrin beri nasihat

Ustazah Asma tegur influencer muslimah yang membuat konten d4kwah dengan merapatkan wajah ke skrin bagi memberi nasihat sehingga tular di media sosi4l.

Beri nasihat dengan cara yang kurang sesuai
Menerusi posting yang di buat Ustazah Asma’ Harun di Fb, beliau akui terkejut apabila ada wanita muslimah menyampaikan kata-kata nasihat mengikut cara yang kurang sesuai.

“Astaghfirullah.. memang dah baca sana sini komentar berkaitan ada ‘influencer’ WANITA MUSLIMAH yang menyampaikan dengan cara NON MUSLIMAH, wanita non muslim pun lebih sopan dan beretika,” tulisnya.

Ustazah Asma tegur influencer muslimah, konten dijadikan ‘bahan’ perbuatan jijik

Jelas pendakwah itu lagi, konten sebegitu telah mengundang pelbagai kesan negatif apabila menjadi ‘bahan’ kepada perbuatan jijik sesetengah pihak yang jelas-jelas termasuk dalam kategori soft p0rn.

Tambahnya, sebagai seorang wanita muslim, sangat tidak wajar apabila sengaja bersuara dengan lembut dan manja lebih-lebih lagi dengan gaya menggoda serta mendekatkan wajah ke skrin.

Cara tersebut dengan jelas adalah dil4rang dan mendatangkan dos4 kerana hukumnya adalah h4ram.

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ turut menyertakan sekali potongan ayat dalam Surah al-Anzab ayat 32 dengan membawa maksud berkenaan lar4ngan tersebut.

“Maksudnya: Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada peny4kit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu),

dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)”, (Surah al-Ahzab: 32).

Ramai setuju dengan pandangan Ustazah Asma’

Susulan daripada kerkongsian tersebut, ramai yang bersetuju dengan apa yang dinyatakan pendakwah terbabit kerana kerap melihat video influencer wanita berkenaan tular di media sosi4l dan dijadikan bahan gurauan termasuklah golongan lelaki.

Ada juga diantara mereka mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Asma’ kerana memberikan peringatan perihal larangan tersebut kerana ramai muslimah yang terlepas pandang tentang hal itu.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun