Ustaz Kazim ded4h punca disih1r, kata2 ketika ceramah buat orang terasa hati

Ustaz Kazim dedah punca disih1r seseorang buat kali pertama adalah disebabkan percakapannya sendiri sewaktu memberi ceramah.

Kali pertama disihir pada tahun 1997

Memetik laporan dari Harian Metro, Ustaz Kazim atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim, 52 memaklumkan dia disihir kira-kira 25 tahun dahulu disebabkan percakapannya yang membuatkan orang terasa hati.

Dia mengetahui perkara tersebut selepas individu itu sendiri datang bertemu dengannya memohon maaf dan mengakui hal tersebut.

“Kali pertama saya kena sih1r pada 1997, yang berpunca daripada percakapan saya sendiri. Ketika itu, saya masih muda, mungkin jadi penceramah yang garang sebab terlalu bersemangat dan lantang apabila berkata-kata.

Saya tak sangka juga mungkin ada yang saya terlepas cakap ketika itu sehingga buat dia (individu berkenaan) marah. Jadi, apabila dapat tahu orang itu,

saya tanya kepadanya mengapa bertindak sampai menyih1r saya? Dia (orang itu) cakap, terasa hati dengan apa saya kata ketika hadir dalam ceramah saya.

Tapi, saya tak tahu langsung perkara itu sebab apa yang saya cakap dalam ceramah ketika itu adalah secara umum saja. Tak tuju pada sesiapa pun, tapi dia (orang itu) dah terasa hati. Saya juga tidak kenal peribadinya,” katanya.

Pengalaman tersebut membuatnya belajar dan lebih berhati-hati dalam percakapan sewaktu memberi ceramah dan mengulas sebarang komen berhubung isu-isu yang muncul.

Dia juga perlu menjaga pemakanan kerana ada sesetengah hidangan perlu dielakkan kerana akan memberi kesan kepadanya selepas kejadian disihir tersebut.

Selain pantang dalam penjagaan makanan harian saya, pada masa sama, saya juga perlu berpantang ketika bercakap sebab t4kut boleh buatkan orang lain terasa hati. Sekarang, saya ambil keputusan sangat berhati-hati.

“Malah, kesan daripada santau dialami itu, saya perlu jaga makan yang sampai sekarang tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau saya termakan juga, mesti badan akan jadi sakit dan perut saya pedih,” jelasnya.

Susulan daripada itu,Ustaz Kazim menitipkan nasihat kepada para pendakwah muda supaya lebih berhati-hati dalam memberikan ceramah agar tidak membuatkan orang yang mendengar terasa.

“Saya mohon kepada penceramah dan pendakwah muda baharu yang aktif berceramah kepada masyarakat agar berhati-hati dalam melontarkan kata-kata mereka ketika berceramah kerana kita tidak tahu ia mampu membuatkan orang lain terasa hati.

“Pada kita, mungkin apa yang diperkatakan atau disampaikan itu untuk kebaikan, namun kita tidak tahu ia mungkin kurang baik didengar oleh orang lain dan menyebabkan hingga terasa hati. Jadi, berhati-hatilah ketika bercakap,” katanya.

Sekadar info, pendakwah berkenaan ketika ini sedang sibuk mempromosikan filem terbaru arahan selebiti terkenal, Mawi bertajuk Zam Zam Ala Kazim.

Filem ini dibintangi Ustaz Kazim ini hampir 70 peratus adalah kisah benar daripada pengalamannya sendiri iaitu berkaitan perbuatan ilmu hitam dan juga sihir.

Sumber: Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *