Sambung belajar di kolej, anak Ustaz Azhar Idrus luah rasa “Terima kasih umi & abi”
Anak Ustaz Azhar Idrus luah rasa di media sosi4l apabila mencoretkan ucapan terima kasih kepada ibu dan bapanya yang tak terhingga kerana membesar serta menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Menerusi video perkongsian dibuat anak pendakwah terkenal yang menggunakan akaun TikT0k dikenali sebagai Miko Chan, dia telah mengucapkan terima kasih kerana menghantarnya menyambung pelajaran di kolej.
Dalam hantaran tersebut, Miko Chan menzahirkan ucapan terima kasih kerana membesarkannya dan menjadikan seorang yang kuat sebagai seorang anak.
Dia juga memohon maaf andai mempunyai d0sa kepada kedua orang tuanya dan mengakui merindui mereka jika tidak bersama.
Miko Chan yang membahasakan diri sebagai Ash menyatakan yang dia tahu dirinya banyak menyusahkan ibu dan bapa dan hatinya menangis sewaktu mahu berpisah.
Dia yang menyambung pelajaran ke peringkat diploma mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa kerana menghantar, membantu mengangkat barang dan merasakan ia momen yang sangat diingatinya.
“Terima kasih umi abi hantar Ash ke koleh. Sudi angkat barang, Ash suka sangat-sangat momen ni.
“Tak tahu nak ungkapkannya macam mana,” tulisnya.
Menjengah ke perkongsian tersebut, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada anak kepada pendakwah terkenal berkenaan dapat belajar bersungguh-sungguh dan mendoakan agar kejayaannya.
Mereka juga berharap segala urusan Ash dapat membanggakan orang tua serta segala urusannya dipermudah.
Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang pelajar dan tak berhenti membanggakan orang tua.
Sumber: hm