Ustaz Azhar Idrus Mohon Maaf Kerana Terkilan Kuliah Maghrib Terpaksa Dibatalkan.

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus memuat naik hantaran permohonan maaf buat masyarakat yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor yang bakal mengikuti kuliah Maghrib Perdana pada 16 Julai nanti.

Ujarnya, kuliah yang bakal diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada tarikh terb4bit terp4ksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu tanpa dinyatakan alasan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliah maghrib perdana UAI (Ustaz Azhar Idrus) di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terp4ksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,”maklum wakil beliau.

Makin tenat sekarang, k0nsert maksi4t berleluasa

Hantaran tersebut sememangnya mendapat perhatian ramai termasuk beberapa pend4kwah terkenal seperti Pencetus Ummah (PU) Syed dan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Mereka menyatakan kebimbangan apabila majlis agama sebegini dipandang remeh dan mudah dibatalkan, sedangkan k0nsert semakin berleluasa diadakan.

Semoga dipermudahkan urusan

Tidak kurang juga ramai mendoakan agar urusan dan niat baik Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan lebih-lebih lagi menyebarkan ilmu keagamaan kepada umat Islam.

Terdahulu, beberapa ceramah memb4bitkan Ustaz Azhar Idrus pernah dibatalkan atas faktor tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dilaksanakan seperti Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari lalu.

Bagaimanapun, ia ditukar ke lokasi yang lain bertempat di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Sumber: FB Ustaz Azhar Idrus