Usahawan Berkongsi Rezeki , Beri Makanan Percuma Kepada Golongan Memerlukan

Seorang usahawan yang dikenali sebagai Fara telah berjaya menarik perhatian ramai apabila dia bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan memberikan makanan percuma kepada orang yang memerlukan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Fara di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan menyediakan juadah nasi ayam goreng kunyit yang dimasak sendiri khas untuk orang ramai.

Makanan percuma

Dalam video tersebut, nasi ayam kunyit merupakan menu untuk Ramadan ketujuh dan dia berhasrat untuk meneruskan kerja amal tersebut sehingga tamatnya bulan mulia ini.

“Alhamdulillah, syukur kepada mu Ya Allah.. hati rasa tenang dan cukup bahagia. Segala ujian dugaan semuanya tertutup dengan kebahagiaan pada hari ini.
“Nasi Ayam Goreng Kunyit simple dengan susana yang indah,”

Alhamdulilah terima kasih orang baik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada usahawan tersebut yang berkongsi rezeki yang secara tidak langsung dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Semoga dipermudahkan urusan
Bukan itu sahaja, ramai yang mendoakan agar segala urusan usahawan tersebut dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu.

Sumber: TikT0k @farajl_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *