Umur Hampir Cecah 50an , Susan Manen Cantik Walaupun Dah Berstatus Nenek.
Senyumannya cukup manis dan cantik walau dah berstatus nenek, itulah kelebihan Susan Manen, isteri kepada pelakon terkenal, Mustapha Kamal.
Bergelar Ratu Cantik Malaysia 1993, jelitawan ini masih tampil menawan walaupun sudah berstatus ibu kepada empat anak.
Aktif mewarnai dunia seni, kecantikan Susan yang membintangi drama popular Pengantin 1 Malam nyata menjadi bualan ramai.
Siapa sangka umurnya pun dah 49 tahun tahun ini, hampir 50an tetapi tetap anggun dan awet muda dalam kelas tersendiri.
Difahamkan jelitawan ini mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese.
Sejak menyertai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Susan Manen terus melonjak dalam industri seni apabila menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman.
Pada 1998, wanita ini membuat keputusan memeluk agama Islam dan sejak bergelar isteri, dia dilihat memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.
Dah Ada 4 Orang Anak
Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem, Salsabil Qurani, dan Naqli Qaddiem.
Beberapa kali muncul berlakon di samping suami tercinta, kecantikan wanita ini cukup dikagumi penonton.
Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil tidak hairanlah dia tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.
Kalau ikutkan dengan umur Susan Manen, memang rasa terpesona melihat aura kejelitaannya. Malah anak-anak pun semakin meningkat dewasa dan anak daranya mewarisi wajah cantiknya.
Sumber:Hm