UAI Tegur Pelanggan Beratur BerJam-Jam , Rasa Hebat Beli Makanan Viral . Peniaga Dah Tak Fikir Berkat.”Penyakit Akhir Zaman”

Jatuh bangun sesebuah perniagaan hari ini banyak bergantung kepada kuasa vir4l.

Disebabkan desakan itu, segelintir peniaga tampil dengan pelbagai idea kreatif dan tidak masuk akal demi kelangsungan bisnes mereka.

Terbaharu, pend4kwah terkenal Ustaz Azhar Idrus menempelak masyarakat di negara ini khususnya golongan peniaga serta para pelanggan yang dikatakan terlalu taksub dengan sesuatu yang viral.

“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beratur. Ini cerdik ke b0doh? Bukannya kita kelaparan enam tahun tiada makanan.

“Itu peny4kit akhir zaman, kasih kepada viral, kasih kepada kemegahan dan rasa hebat,” ujar pend4kwah dari Terengganu itu menerusi satu sesi ceramah, baru-baru ini.

Ustaz Azhar turut menegur golongan peniaga di aplikasi TikT0k yang memandang ringan soal keberkatan sehingga terg4mak melanggar per1ntah agama dalam mencari keuntungan.

Siapa mereka ini? Member of the hell, ahli neraka. Jelas tak lagi? Buat juga? Masuk neraka la.

“Promosi makanan dalam TikT0k sekarang, sebahagiannya bagus. Kenapa? Dia jaga pantang lar4ng dalam Islam. Tapi sebahagian promosi dalam TikT0k, h4ram. Bila h4ram, perniagaan tiada berkat.

“Tapi masalah kita sekarang, kita tak perlukan keberkatan dah. Kita nak kejar laku, laris, view tiggi, rating tinggi, orang banyak datang beli. Dan pembeli pun rasa hebat dapat beli benda viral,” ujarnya lagi.

Dalam ceramah sama, Ustaz Azhar turut menempelak golongan peniaga yang berpakaian tidak menutup aur4t sehingga menampakkan bentuk tubuh mereka.

“Nak suruh laku mi goreng, kenapa tunjuk punggung pula? Tu macam tak pakai baju. Pakai baju tapi telanjang. Pakai seluar tapi nampak bentuk dua punggungnya.

“Siapa mereka ini? Member of the hell, ahli neraka. Jelas tak lagi? Buat juga? Masuk neraka la. Tak kira jual kat TikTok laku tak laku, viral tak viral, FYP tak peduli.

“Langgar pantang larang, go to hell,” ujarnya lagi dalam video yang dikongsi oleh seorang individu menerusi aplikasi TikT0k.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan teguran Ustaz Azhar berhubung perkara itu.

Malah, segelintir netizen turut menyindir golongan peniaga yang didakwa angkuh dan tidak menghiraukan teguran golongan agamawan.

Ustaz Azhar menegur pelanggan yang sanggup beratur panjang untuk membeli makanan viral.

“Saya setuju. Kata sesak, hidup semua mahal. Tapi bila makanan viral, beratur macam tak ingat dunia, lupa sesak hidup.

“Patutlah ada owner naik angin. Tapi ustaz ni tegur pada semua peniaga, bukan pada dia seorang je.

“Orang yang beratur panjang dari malam dia solat kat mana?” tulis beberapa net1zen.

Baru-baru ini, Ustaz Azhar meraih perhatian ramai selepas mengulas mengenai hukum jual beli secara vendor yang diamalkan oleh peniaga di negara ini.

Sumber:Hm