Tutup Kilang Selama 5 Hari ,Khairul Aming Bawa Kesemua Staf Bercuti Atas”Private Yacht”

Influencer dan usahawan muda, Khairul Aming sememangnya menjadi sorotan ramai apabila kerap berkongsi momen menghargai stafnya terutama mereka yang bekerja di dua buah kilang Sambal Nyet di Kelantan.

Bawa bercuti ke Langkawi

Jika sebelum ini, Khairul Aming telah memberikan duit raya berkepuk-kepuk serta membelanja mereka baju raya, kali ini pemuda berusia 31 tahun itu 

‘membuat hal’ lagi apabila menutup kilang selama 5 hari dan membawa kesemua 60 orang stafnya bercuti ke Langkawi.

Lepak hotel 5 bintang!

Menerusi video yang dikongsikan, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu juga telah menyediakan penginapan untuk mereka semua di hotel lima bintang, 

bermain jetski, explore cave, snorkelling dan juga yacht perib4di untuk membolehkan stafnya menyaksikan matahari terbenam.

Tak hanya itu, demi melihat kesemua staf yang dibawa gembira dengan percutian tersebut, Khairul Aming turut membelanja mereka di sana.

Betul beruntung staf2 dia

Perkongsian tersebut pastinya membuatkan warg4net ‘terc3ngang’ kerana mengatakan t1ndakan usahawan itu melanggar ‘hvkum maj1kan’.

Mereka juga tid4k henti-henti memuji apa yang dilakukan pemuda asal Kelantan berkenaan kerana sangat menghargai para pekerja yang sama-sama membangunkan perusahaannya sehingga semakin berkembang saban hari.

Melawan hvkum majikan ni

Siap yacht asing lelaki perempuan

Baru bulan 5 dah dapat reward. Terbaik!

 

Murah rezeki bos kalau macam ni

 

Sumber: Ig khairulaming