Tular Rakaman Anak Tidur Sebelah Jnazah Arwh Bapa Undang Sebak Ramai . Pemuda Janji Tunai Permintaan Arwh Buat Surau Dalam Rumah
Tidur di atas lantai beralaskan karpet mungkin dianggap sesuatu yang biasa, namun tidak bagi lelaki ini.
Mana tidaknya, pada ketika itu turut berada di sisinya ialah sekujur tubuh kaku se0rang bapa yang sudah kembali kepada Penciptanya.
“Hari terakhir tidur sama bapa. Selamat jalan pa. Aku rindu,” demikian menurut keterangan video yang dimuat naik di TikT0k sehingga meraih lebih 2.4 juta tontonan setakat ini.
Berkongsi cerita, pemuda dari Brunei iaitu Khairi Kaiyauddin Mohaimin berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir di hspital pada lewat malam 3 Disember lalu.
Mesra disapa Kayau, dia berkata Allahy4rham Mohaimin Yaakub meninggal dunia pada usia 63 tahun kerana ser4ngan jantung dan jangk1tan di bahagian kaki akibat peny4kit gangrene (tisu atau sel yang m4ti dalam badan akibat kekurangan aliran dar4h dan oksigen).
“Masa tu adalah hari terakhir saya tidur bersama bapa pada malam arwah mninggal. Esok pagi baru kami sekeluarga menyempurnakan urusan pengebumian jnazah.
“Memang nak tidur di situ sebab mahu temankan arwh sebagaimana arwah pernah temankan saya tidur sejak kecil lagi,” katanya .
Mengimbas kembali, pemuda berusia 21 tahun memberitahu dia menjaga bapanya yang s4kit sehingga ke nafasnya terakhir.
Malah, Kayau sanggup berhenti kerja sebagai pembuat minuman pada bulan lalu bagi membolehkan dia menumpukan lebih masa untuk menjaga bapanya.
“Saya selalu menemani arwh tidur semasa dia s4kit. Dan masa tidur sebelah jnazah bapa tu memang sangat sedih.
“Tapi syukur, Allah masih beri kesempatan kepada saya untuk tidur di sebelah arwh. Saya juga berpeluang untuk memandikan, sembahyangkan dan memasukkan ayah ke dalam liang lahad,” ujarnya yang menetap di Kampung Rimba Gadong.
Menurut anak bongsu daripada 12 beradik itu, bapanya disifatkan sebagai se0rang yang baik pekerti dan rajin bersedekah.
“Orangnya penyayang dan sangat mesra dengan anak-anak dan cucu-cucunya,” katanya sambil menambah bapanya yang mempunyai 11 cucu itu juga menghidap peny4kit buah pinggang.
Menjelang hari-hari terakhirnya, Kayau yang kini bekerja sendiri berkata, bapanya pernah mengadu kes4kitan selain sering mengingati tentang kemati4n.
Dalam pada itu katanya, bapanya yang merupakan pesara bomba juga sempat meninggalkan pesanan supaya menjaga hubungan baik antara adik-beradik.
Jelas Kayau, pesanan terakhir itu melibatkan bilik rawatan bapanya di rumah yang merupakan tempat tidur arwh dan menempatkan mesin dialisis serta segala ubat-ubatan semasa hayatnya.
“Sebelum meninggal dunia, arwh ayah meminta supaya bilik rawatannya di rumah dijadikan sebagai surau untuk anak dan cucunya beribadat dan mengaji,” katanya lagi.
Sumber:Mstar , TT