Tul4r Geng Trader Hidup Mewah Naik Pesawat ,Pilot Selidik Rupanya Tak Terbang Pun.

Baru-baru ini, tul4r sebuah video memaparkan golongan usahawan membab1tkan pelaburan saham atau ‘trader’ mengajak orang ramai bagi mengetahui cara menjana pendapatan sebanyak satu juta dalam tempoh enam bulan.

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki dilihat menaiki sebuah jet peribadi ke Pulau Pinang bagi menjayakan pr0gram itu sambil diringi rakan yang masing-masing memiliki kereta mewah dipercayai di Lapangan Terbang Subang, Selangor.

Terbaru, seorang juruterbang ada menonton video berkenaan sebelum mendedahkan bahawa pesawat itu tidak bergerak terbang di udara sebaliknya hanya keluar masuk dalam kawasan landasan.

Menerusi akaun @mrturboprop di aplikasi TikT0k, juruterbang terbab1t turut menyelidik secara terperinci tentang pesawat itu melalui perkhidmatan Flightradar24 bagi mengesan maklumat penerbangan.

“Abang nak periksa jap kapal adik ni.. N888FJ. Jom kita usha jap dekat flight radar. Pergh lawalah challenger, berjuta-juta kapal ni. Tengok jap bila penerbangan terakhir, 21 Februari eh.

“Jumpa kat Pulau Pinang.. kau buat apa tu? Kata nak pergi Pulau Pinang (memeriksa pergerakan pesawat),” katanya berbaur sind1ran.

Susulan pendedahan tersebut, 

ramai dalam kalangan net1zen memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen yang rata-rata hanya mampu ketawa sebaik mengetahui perkara sebenar.

Entah-entah kereta pun sewa?

Sikit-sikit dah bang, awek dia tengok nanti

Kelakar! Kant0i dengan kapten

Sewa untuk konten je?

Pesawat keluar masuk je, pemilik boleh buat duit

Terdahulu, seorang individu menggunakan akaun @user_error2021 mend4kwa pesawat sama turut digunakan oleh beberapa golongan usahawan lain termasuk pengasas produk.

Sumber: TikT0k @mrturboprop & @user_error2021viaomm