“Tuduhan Cuai Seolah Bvnuh Maknya Pula” Jangan Salahkan Ibu Zayn Rayyan Bapa Tunggal 3 Anak Istimewa Minta Faham Sifat Autisme
Kemati4n kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dilap0rkan hilang sejak Selasa meruntun emosi rakyat Malaysia.
Anak istimewa berusia enam tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di sebatang sungai kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor.
Selain keluarga dan orang terdekat, pemergian Zayn Rayyan turut ditangisi pempengaruh media sosi4l dikenali sebagai Khairul Abdullah yang membesarkan tiga anak istimewa.
Salah seorang daripadanya turut menghidap autisme.
“Berjurai air mata walaupun bukan anak aku, Allahuakbar. Aku juga ada anak autisme, aku ada anak umur enam tahun, aku ayah yang bersendirian membesarkan anak-anak.
“Aku faham betapa ralat dan bersalahnya perasaan seorang ayah dan apatah lagi ibunya. Tengok video ayahnya pengsan dan ibunya menjerit Allahuakbar Allahuakbar sambil menangis memeluk tubuh kecil tak bernyawa tu sangatlah memilukan.
“Tak berhenti air mata mengalir. Tragis,” luah bapa tunggal itu menerusi satu hantaran di Fb, pada Khamis.
Operasi mencari sehingga membawa kepada penemuan Zayn Rayyan yang sudah mninggal dunia.
Khairul, 48, membesarkan tiga anak lelaki iaitu Khaleef, 9, Khaleel, 8, dan Khaleed yang berusia enam tahun selepas kemati4n isterinya Marleena Abdul Manaff akibat jangkitan kuman dalam dar4h.
Khaleef menghidap peny4kit jantung, autisme dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) manakala Khaleed pula sejak kecil sering meraung pada waktu malam dan anak bongsunya mempunyai sindrom bisu terpilih.
Namun, Khairul menyeru semua pihak tidak mempersalahkan ibu Zayn Rayyan di atas kehil4ngan kanak-kanak austitik itu sehingga membawa kepada kemati4n.
“Aku mohon janganlah kalian salahkan ibunya, jangan sesekali. Elakkan komen ‘cu4i’, ‘kerana kecuaian’ dan sebagainya. Tuduhan cuai itu seolah menikam dan membunvh ibunya pula. Kalian yang tiada anak autisme, kalian takkan faham,” ujarnya.
Sebagai bapa yang berpengalaman membesarkan anak autisme, kata Khairul kanak-kanak istimewa mudah ‘tantrum’ disebabkan keinginan tidak dipenuhi apabila dia gagal mengawal em0si dan tidak melakukan stimming.
“Anak aku juga begini. Dia akan menghil4ngkan diri, cari tempat yang tersembunyi dan terkepung (confine space) untuk dia duduk berdiam dan regulate emosinya dengan melakukan stimming.
“Dia memang tidak mahu diganggu dan tidak mahu dijumpai oleh sesiapa. Jadi kalau dipanggil tidak akan sahut. Dia hanya akan menutup telinga dan berdiam diri sehingga em0sinya kembali stabil dan dia dah okay.
“Kalau panggil, kalau jerit pekik, lagilah dia tutup telinga dan berdiam diri sebab ‘sensory overload’. Dia akan memilih untuk terus menutup telinga dan berdiam diri.
Sukar untuk mencari anak autisme seperti anak aku ini jika dia memilih untuk lari dan bersembunyi,” ceritanya berdasarkan pengalaman sendiri.
Justeru, dia menyifatkan kebanyakan anak autisme mempunyai cara yang sama untuk melepaskan emosi apabila keinginan tidak dipenuhi.
“Mereka juga adalah pantas, untuk hilang, ia perlukan masa hanya beberapa saat. Anak aku Khaleef sejak kecil sudah banyak kali hilang di tempat awam. Tak sampai 5 saat boleh hilang begitu sahaja.
“Bukanlah aku cu4i, tetapi aku ada tiga anak kecil yang semuanya aku kena tengok seorang diri. Ada kalanya, bagi tumpuan ekstra 5 saat kepada anak ini, anak itu pula hilang,” tambahnya.
Tiga anak istimewa dijaga Khairul dengan penuh tanggungjawab.
Jelas Khairul lagi, ibu Zayn Rayyan sudah pastinya menjaga anaknya dengan baik, malah menunaikan hajat si anak dibawa ke taman.
“Namun ibu perlu pulang dengan tangan pula penuh barang perlu dijinjing dan tangan anak perlu dilepaskan. Detik beberapa saat itulah Zayn Rayyan hilang. Innalillahiwainnailaihirojiun.
“Semoga Allah beri kekuatan yang luar biasa kepada ibu dan ayah Zayn Rayyan untuk tenang dan reda atas kejadian yang berlaku. Semoga Allah kurniakan ganjaran syurga atas ujian yang diberikan terhadap mereka.
Semoga Zayn Rayyan sedang bergembira di taman syurga,” katanya lagi.
Berhentilah menghukum, ambil iktibar atas apa yang berlaku… belajar mengenal sifat anak-anak autisme.
Dalam pada itu, Khairul turut mengingatkan masyarakat supaya berhenti menghukum ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak-anak istimewa.
“Untuk kita semua, berhentilah menghukum. Ambil iktibar atas apa yang berlaku. Belajar mengenal sifat anak-anak autisme, belajar memahami struggle ibu ayah yang membesarkan anak-anak autisme serta anak-anak kelainan upaya yang lain.
“Sama-sama kita sebagai ahli masyarakat mengambil berat terhadap keperluan orang di sekeliling kita. Semoga kita semua lebih cakna dan lebih empati,” katanya.
Terdahulu, mStar melaporkan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan yang hilang sejak Selasa tengah hari ditemukan mninggal dunia di sebuah anak sungai pada pukul 10 malam Rabu.
Penemuan mayat kanak-kanak itu disahkan Ketua P0lis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudid Abdul Hamid yang berada di lokasi kejadian.
Sebelum itu, mStar melaporkan mangsa hilang sejak Selasa dan kali terakhir dilihat di alamat Apartment Idaman di Damansara Damai pada pukul 12 tengah hari.
Operasi mencari mngsa di sekitar kawasan kediamannya digerakkan oleh penduduk setempat, P0lis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sumber:Mstar