TikToker Menangis Dih1na Hanya Kerana Makan Nasi , Tempe Goreng Dan Sayur”Miskin Tak Payah Nak Mukbang”

Seorang TikT0ker dikenali sebagai Anggik Maem telah menjadi mangsa buli siber hanya kerana dia menghasilkan konten video makan makan kampung.

Menerusi TikT0k miliknya, Anggik sendiri mendedahkab tangkap layar komen seorang individu yang telah menghina dan melabelkan dirinya sebagai orang miskin kerana hanya mampu membuat video mukbang makanan biasa-biasa sahaja.

Video tersebut merakamkan Anggik sedang menikmati nasi putih, tempe goreng dan juga sayur.

“Miskin tak perlu nak mukbang!” tulis individu tersebut.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah apabila Anggik mula mengesat air matanya sambil mengunyah makanan berkenaan.

Dalam pada itu, ruangan komen di video tersebut dipenuhi dengan kata-kata semangat daripada net1zen Malaysia.

“Satu datang, sejuta sampai belakang support bang. Kata-kata dia itu akan jadi sebab kenapa abang berjaya satu hari nanti! Salam Dari Malaysia,” – @shah

“Makanan yang paling sedap paling nikmat ialah makanan yang sederhana… Biarkan yang mengh1na ntah ntah makan mewah pun minta orang belanja kan,” – @nss

“Sebenarnya saya lagi suka mukbang yang macam ni daripada makanan mahal mahal tu, keep going,” – @Monarchfyae

“Orang susah pun boleh buat mukbang, jangan dengar kata orang lain bang, buat sahaja mukbang, tu tempat kamu cari rezeki,” – @Izzah Syahira

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *