“Tiga Bulan Saya Tak Jumpa Anak” Fizi Ali Sebak, Syukur Dapat Luang Masa Dengan Ameena Selama Empat Hari

Penyampai radio, Fizi Ali dilihat menitiskan air mata kesyukuran selepas mendapat kebenaran untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama anaknya, Ameena Sofia yang sudah masuk tiga bulan tidak berjumpa.

‘Sangat rindukan Ameena’

 Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin Alimudin menarik nafas lega kerana mencapai persetujuan dengan pihak bekas isteri, Shakilla Khoriri untuk mengambil Ameena selama empat hari.

Penyampai radio HotFM itu dilihat gagal menahan sebak sambil menitipkan ucapam terima kasih buat peguamnya, Nurhusniah Husin kerana banyak membantunya sepanjang prosiding berlangsung.

Perjumpaan kita hari ini lebih kepada sebutan sebelum ke perbicaraan yang seterusnya tetapi apa yang saya nak cakap ialah saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya saya dapat ambil Ameena minggu hadapan selama empat hari selepas berbulan-bulan tidak berjumpa.

Terima kasih banyak banyak kepada peguam saya yang banyak membantu untuk mendapatkan kembali Ameena walaupun hanya untuk empat hari.

Saya berasa sangat bersyukur, terima kasih Ya Allah.

Fizi berkongsi berita gembira tersebut ketika ditemui selepas proses sebutan hadanah pertama di hadapan pendaftar di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, Fizi dengan terujanya menyatakan dia ingin meluangkan masa bersama dengan membawa Ameena berseronok di taman tema air.

Kami akan ke ‘waterpark’, itu yang saya rancang. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira.

Saya juga mahu bawa Ameena jumpa mak ayah, mereka sangat rindukan Ameena walaupun tidak meluahkan. Di rumah emak selalu pegang barang Ameena, dia tunjukkan bahawa dia rindu akan cucu dia sangat-sangat.

Perjumpaan empat hari ini adalah permintaan daripada saya, memang tak dapat lagi nak ambil dia (sepenuhnya).

Sekadar info, Fizi berjaya mendapat persetujuan daripada pihak Shakilla untuk berjumpa dengan Ameena selama empat hari bermula 1 Mac ini.

Terdahulu, prosiding Sulh tidak menemui jalan penyelesaian apabila kedua-dua belah pihak tiada kata sepakat mengenai k3s tuntutan hadanah yang difailkan Fizi pada Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Fizi kemudiannya mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan seorang ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan iaitu Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *