Tiba2 pesan minta sambut dalam liang lahad… Ucapan ‘deep’ mentua buat lelaki ini sebak, sedar tanggungjawab makin ber4t
“KALAU mama dengan bapa tak ada… jaga Wani, jaga adik. Sambut mama kat liang lahad.”
Demikian sebahagian daripada pesanan menyentuh emosi se0rang ibu mentua kepada menantu lelakinya selepas majlis akad nikah baru-baru ini.
Video berdurasi kira-kira seminit yang merakamkan wanita berkenaan memberi ucapan tular selepas dimuat naik sendiri oleh menantunya di TikT0k.
Pengantin lelaki, Muhammad Naim Naqiuddin Mohd Nor berkata, dia melangsungkan pernikahan di kediaman mentuanya di Simpang Pulai, Perak pada 2 Jun lalu.
Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, ucapan ibu mentuanya itu dibuat selepas dia sah bergelar suami kepada Nur Farihah Iwani Mohd Nizar, 25, dengan sekali lafaz.
“Selepas akad nikah tu tok kadi beri satu slot untuk ahli keluarga pengantin beri ucapan. Semuanya tak dirancang, apa yang diucapkan dilakukan secara spontan.
“Bukan ibu mentua saja, saya juga ada beri ucapan. Cuma saya kongsikan video ucapan ibu mentua kerana kata-katanya amat memberi kesan kepada saya,” katanya kepada mStar.
Naim (kanan) mengakui gementar ketika akad nikah. -Gambar Adsphotographer
Mesra disapa Naim, dia mengakui pesanan ibu mentuanya itu memberi kesedaran betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang suami.
“Tambahan pula isteri saya yang pertama berkahwin dalam kalangan adik-beradiknya dan kesemuanya adalah perempuan. Jadi, saya ni seperti anak lelakinya yang pertama.
“Maka banyak pesanannya meminta supaya menjaga anak perempuannya dengan baik.
“Saya memang sebak ketika itu, hendak menangis tapi cuba kawal perasaan,” ujarnya sambil menambah isterinya merupakan anak sulung daripada tiga beradik perempuan.
Sesi ucapan yang disampaikan ibu mentua. -Gambar Adsphotographer
Menurutnya yang berasal dari Tumpat, Kelantan, ibu mentuanya yang berusia 49 tahun dan digelar sebagai mama sememangnya seorang yang gemar memberi nasihat.
Malah kata Naim, ibu mentuanya sering berkongsi perkara yang perlu dan tidak seharusnya dilakukan sejak dia mengenali isterinya dua tahun lalu.
“Mama se0rang yang lemah-lembut dan suka beri nasihat. Nak memikat hati dia kena bawa jalan-jalan, itu pun sudah cukup membahagiakannya.
“Dulu masa bercinta pun kami selalu bawa mama keluar berjalan-jalan. Saya okay, selesa untuk menggembirakan mama,” tambah anak kedua daripada lapan beradik itu.
Naim tersentuh dengan ucapan daripada ibu mentua. -Gambar Adsphotographer
Naim yang berkhidmat sebagai anggota polis berkata, petikan ucapan yang paling menyentuh perasaan apabila ibu mentuanya mengaitkan dengan hari pengebumian.
“Paling touching masa sebut liang lahat tu apabila mama berharap saya dapat menjalankan tanggungjawab sekiranya dia sudah tiada lagi.
“Ia mengingatkan kepada ucapan saya sendiri sebelum itu yang berjanji kepada ibu bapa mentua untuk menjaga dan memimpin anak mereka dengan baik,” ujarnya yang menyifatkan isterinya bukan sahaja cantik, tetapi juga memahami dan berdikari.
Naim (kiri) dan isteri bernikah pada 2 Jun 2023. -Gambar Adsphotgrapher
Mengimbas kembali momen tersebut, gementarnya berganda apabila melalui sesi ucapan sejurus selepas melangsungkan pernikahan.
“Rasa gementar akad nikah belum hilang, kena beri ucapan pula. Tapi bagus juga ada sesi ini yang memberi peringatan kepada saya untuk menjadi suami yang terbaik,” katanya yang merancang untuk berbulan madu di Hatyai, Thailand.
Sumbar; Mstar