Tiada kedai yang buka, bapa nekad redah banjir balik rumah ambil susu & lampin anak

bapa nekad redah banjir balik ke rumah mengambil susu dan lampin anaknya memandangkan tiada kedai yang buka berikutan air yang semakin naik.

Menerusi perkongsian TikT0k dikenali sebagai misshaa1, dia memuat naik video sewaktu suaminya meredah banjir yang sudah separas dada untuk pulang ke rumah bagi mengambil susu serta lampin anaknya yang masih bagi.

bapa nekad redah banjir balik rumah demi susu & lampin

Ujarnya, suami terpaksa melakukan tindakan nekad itu kerana kedai berhampiran tutup dan mereka tidak berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Walau bagaimanapun, misshaa1 menyatakan bahawa suaminya sudah membuat perkiraan dengan mengukur ketinggian banjir dan memilih untuk membatalkan hasrat pulang ke rumah jika air berada di paras yang agak dalam.

Syukur, tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan susu serta lampin anak mereka sudah berjaya diperoleh.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang prihatin dan memohon agar mendoakan mereka yang sedang dilanda bencana.

Lain kali cuba minta bantuan pihak yang berwajib dahulu
Perkongsian wanita itu telah menjadi perhatian di media sosi4l apabila kebanyakkan daripada mereka menzahirkan rasa risau diatas tindakan berani itu.

Ada juga menyarankan supaya meminta pertolongan pihak berkuasa dalam mendapatkan bantuan makanan atau keperluan agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Apa-apa pun, semoga semua mangsa banjir berada dalam keadaan berhati-hati dengan situasi yang agak membahayakan ketika ini memadangkan arus deras masih lagi berlaku di daerah berisiko.

Diharap mereka yang berada di kawasan banjir sentiasa menjaga keselamatan diri serta orang disekeliling.

Sumber: hm