Terubat Kerinduan , Raissuddin Bahagia Jumpa Kanak-Kanak Mirip Arwh Siti Sarah “Cucu Baru Atuk Ni”

Penyanyi dan pelakon era 80-an, Raissuddin Hamzah dilihat tersenyum bahagia apabila bertemu  kanak-kanak yang wajahnya mirip dengan allahy4rham anak tersayang iaitu Siti Sarah Raissuddin selepas menempuh perjalanan hampir 7 jam.

Jumpa cucu baru

Menerusi Instagram beliau, Raissuddin menulis kapsyen ringkas dengan mengatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Miza sebagai cucu barunya.

Tersenyum bahagia

Beliau juga terlihat bahagia sekali apabila tersenyum melihat kanak-kanak tersebut yang tul4r selepas ada ahli keluarganya memuat naik video di TikT0k baru-baru ini.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan isterinya, Siti Fatimah Saberi, akhirnya kerinduan terhadap allahy4rham Siti Sarah sedikit terubat selepas melihat adik Miza yang dipercayai ditemui di negeri Kedah.

Dalam pada itu, ahli keluarga adik Miza turut memuat naik momen pertemuan mereka dan memuji anak sulung arwah yang cukup ramah walaupun baru pertama kali berjumpa.

Jarang2 tengok atuk senyum

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang perasan wajah Raissuddin begitu bahagia lebih-lebih lagi apabila tersenyum lebar melihat adik Miza.

Mereka juga mengatakan jarang melihat selebriti itu tersenyum sebegitu dan berharap agar hubungan antara mereka berterusan sampai bila-bila.

Bahagia tengok wajah Raissuddin

Senyuman & gigi hampir sama

Terdahulu, tular di media sosial apabila wajah seorang kanak-kanak dikatakan mirip allahyarham Siti Sarah Raissuddin selepas membuat naik video adik Miza di TikT0k.

Beberapa video kanak-kanak perempuan tersebut juga jelas mempunyai kesamaan dengan arwah dan perkara tersebut diakui sendiri oleh Shuib Sepahtu dan juga Raissuddin Hamzah.

Sumber: TikT0k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *