‘Keanggunan Wanita Melayu Zaman Dahulu Terserlah’Netizen Terpesona Dengan Kecantikan Sarimah, Jelita Di Usia 82 Tahun

Kejelitaan yang dimiliki oleh pelakon legenda tanah air, Datuk Sarimah Ahmad sering mendapat perhatian ramai.

Primadona Filem Melayu, Dato’ Hajah Sarimah Ahmad ??? Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, kami berbesar hati menerima kunjungan Dr. Sakinah & Puan Dena Bahrin ,

dan keluarga yang sudi meluangkan masa dan bermalam di Villa Bonda. Terima kasih atas kehadiran dan kenangan indah yang dikongsi bersama.

Menerusi video yang dimuat naik di TikT0k, Sarimah dilihat sedang berkunjung ke sebuah vila yang terletak di Melaka.

Primadona filem Melayu itu mengenakan pakaian berona ungu dan memakai kaca mata hitam.

Meskipun sudah berusia 82 tahun, namun rata-rata wrganet masih terpesona dengan kecantikan pelakon filem Madu Tiga tersebut.

Terserlah kejelitaannya walau sudah berusia.

Cantiknya semula jadi, walaupun sudah tua tetapi wajahnya tidak berubah.

Keanggunan wanita Melayu zaman dahulu terserlah walaupun berusia.

Nampak mulus je kulit wajah dia, kalah kita yang muda dari dia.

Kalau sudah cantik, dari muda sampai ke tua lawa.

Sekadar info, Sarimah merupakan anak seni yang tersohor ketika zaman kegemilangan filem karya Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Sumber: hm