“Terlalu Pandai” & Usaha “Gali Kubur Sendiri”Mak Kena Scam RM58, 745, Anak Dah Puas Nasihat Ibu

Terlalu banyak pended4han mengenai penipuan scammer didedahkan di media sosi4l. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan melayan scammer.

Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan kes jenayah dalam talian sejak 1 Januari hingga 8 Disember lalu. Satu jumlah yang sangat tinggi untuk pelaburan tidak wujud.

Namun sikap tamak mahukan untung banyak dalam masa singkat sering membuatkan lebih banyak kerugian dialami.

Satu perkongsian dari seorang anak, Nur Shalwani Shari di facebooknya mengenai ibunya yang telah discam sebanyak RM58,745 boleh dijadikan pengajaran buat ibu-ibu di luar sana. Tidak semua pendapat ibu itu betul tak tak semua pendapat anak itu salah.

Jelas Nur Shalwani, jumlah keseluruhan ibunya ditipu scammer hampir RM60,000 kerana terlalu pandai dan usaha untuk gali kubur sendiri.

“Kecewa, mar4h, sedih , penat semua ada, tapi mak masih tak sedar. Saya rasa saya dan suami dah settle part kami. Selebihnya kami serah pada Allah dan buat apa yang kami mampu lepas ni.

“Mintak tolong sedara mara, jiran atau kenalan, kalau Umi nak pinjam lagi duit atau merayu-raya nk pinjam duit lagi, tu atas risiko sendiri. Kami adik beradik dah tak  masuk campur dah.

“Sejak saya kerja Johor dah 4 tahun ni, duit tiap-tiap bulan bagi RM1000 tak pernah miss ya. Abang selalu bagi RM300-RM400 sebulan. Akak sulung selalu bagi RM500-RM600  tapi  tak tahulah apa lagi tak cukup.

Ini IKHTIAR Elak Diri Jadi Mangsa Scammer, Cepatlah Ubah ‘Setting’ Ikut Langkah Diajar

“ASB dalam RM20,000, emas RM3.5K, KWSP sebanyak RM35K, Amanah RM4K dan hutang pada sedara mara RM10K.

“Ujian kami adik beradik agaknya, selalu sangat dah  pesan jangan layan bukan-bukan kat telefon tu. Tapi tak  sangka, mak lebih percayakan orang luar. Lepas kena tipu, bank in lagi, lagi dan lagi. Harap ini jadi pengajaran untuk orang lain lain.

“Sedih, marah, kecik hati pun ada dengan mak sendiri, nasihat anak-anak sikit pun tak nak percaya. Bila dah jadi macam ini, anak-anak yang jadi mangsa kena langsaikan hutang.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *