Terkilan Cara Pemergian Anak Selepas Tonton CCTV , Keluarga Tuntut Keadilan Untuk Baby Aulia”Adik Jangan Tinggalkan Ibu”

Berat menerima pemergian anak tercinta, ibu bapa kepada Allahy4rham Qaseh Aulia iaitu Faizul Ali Adam dan Maisarah Rosli mahu tampil menegakkan keadilan buat arwh.

Kata Faizul, 33, dia berasa terkilan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pihak pengasuh tidak berwaspada dan cu4i dalam menjaga anaknya itu.

“Selepas saya melihat rakaman CCTV sangat jelas… saya percaya ia disebabkan kecuai4n oleh pengasuh dan pihak taska.

“Pengasuh letakkan anak kami dalam posisi meniarap kemudian dia bangun dan buat kerja lain… lebih kurang sejam kemudian barulah pengasuh itu sedar tentang anak kami.

“Apabila dah terkejut, pengasuh itu terus meminta bantuan daripada orang lain tetapi tiada langsung tindakan seperti rawatan kecem4san diberikan kepada anak kami,” katanya .

Sementara itu, Maisarah, 33, turut menuntut keadilan buat arwh anaknya itu dan berharap k3s ini dapat memberi kesedaran kepada orang ramai

Untuk rek0d, Allahy4rham Qaseh Aulia dilahirkan pada 16 Julai 2023 dan menghembuskan nafas terakhir pada 10 Oktober lalu.

Ibu bapa arwh juga telah membuat laporan di Balai p0lis Kota Damansara pada 13 Oktober bagi siasatan berhubung k3s berkenaan.

Sumber:Hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *