Terkesan Hilang Musa Selama 3 Minggu Mizz Nina Akhirnya Buka Muka Mulut”Anak Diambil Ketika Saya Berada Dalam Penerbangan Tanpa Izin Dan Pengetahuan Saya”
Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, terkesan dengan kehil4ngan anak angkatnya, Musa selama lebih tiga minggu tanpa keizinan dan pengetahuannya, lebih-lebih lagi perkara itu berlaku semasa dia tiada di Malaysia.
Menggunakan saluran und4ng-und4ng, Nina tidak dapat bertemu atau berkomunikasi dengan Musa sepanjang tempoh terbabit.
Menerusi pertemuan dengan XTRA, aktivis kemanusiaan itu hanya mahu menceritakan kejadian sebenar kerana selama ini, Nina tidak pernah berkongsi apa-apa perkara mengenai isu yang melibatkan bekas suaminya, baik kepada pemberita atau di media sosi4l.
“Semua orang kenal bahawa saya seorang yang sangat perahsia. Selepas kejadian itu berlaku, saya memang berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.
“Selepas kami bercer4i, saya tidak pernah mendedahkan apa-apa atau membuka aib sesiapa, terutama bekas suami. Tapi kini, saya mahu menerangkan situasi sebenar apa yang berlaku,” kata Nina sambil menyeka air mata.
Menurut Nina, kejadian anaknya dilarikan dari rumah tanpa keizinan dan pengetahuan berlaku pada 19 Disember tahun lalu dan pada ketika itu, dia berada dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
“Musa dibawa keluar dari rumah saya tanpa izin pada 19 Disember 2023 ketika saya dalam perjalanan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja. Waktu itu saya masih dalam penerbangan
“Bila saya selamat mendarat, saya diberitahu (oleh pengasuh), bahawa Musa telah dibawa keluar dari rumah dan diserahkan kepada bekas suami. Musa dibawa keluar oleh pengasuh yang bekerja dengan saya sepenuh masa.
“Pengasuh merupakan seorang wanita warga tempatan yang berusia 30-an. Sehingga kini saya tidak dapat menjejakinya. Hil4ng.
“Selepas saya dapat tahu Musa kena bawa keluar, saya terus mengambil penerbangan untuk kembali ke Malaysia kerana b1mbang dengan kesel4matan Musa.
“Boleh bayangkan perasaan saya ketika itu? Selama lebih tiga minggu saya terpisah dengan Musa dan tidak tahu di mana dia berada. Saya tidak dapat berkomunikasi dengan Musa langsung.
“Bayangkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun, dibawa keluar dari rumah sendiri. Keadaan itu membuatkan dia tr4uma.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya bimbang dengan kesel4matan anak saya. Selama lebih tiga minggu saya tidak mendengar khabar berita tentang Musa. Akhir sekali, apa yang boleh saya lakukan adalah dengan menggunakan saluran undang-undang,” katanya.
D4kwa Nina, perkara yang menguatkan tuntutannya ke atas Musa adalah kerana dia mempunyai semua dokumen berkaitan anak angkatnya itu, termasuk berkaitan undang-undang syariah untuk membawa perkara tersebut ke tengah.
“Itu yang membuatkan saya dapat kembali Musa selepas dia diambil dengan cara yang tidak betul.
“Saya percaya perbuatan yang dilakukan oleh bekas suami seakan dirancang sejak awal dan hanya menunggu masa yang tepat untuk mengambil Musa dari jagaan saya, ketika saya berada di luar Malaysia.
“Sebelum dia melakukan kerja gil4 ini, bekas suami telah merancang terlebih dahulu. Perkara itu membuatkan saya kesal, sebab Musa dibawa lari ketika saya tiada.
Saya rasa terkesan dan tertekan apabila berjauhan dengan anak saya selama lebih tiga minggu,” kata Nina lagi.
Dalam pada itu, Nina turut menjawab tuduh4n bekas suami yang mend4kwa sukar untuk berkomunikasi dengannya ketika mahu mengambil semula Musa.
“Sebelum adanya perintah m4hkamah, wujud komunikasi dan dia ada bertanya sama ada dia boleh jumpa Musa dan kemudian tiba-tiba tak boleh sebab dia sibuk.
“Namun dari segi k0munikasi, dia bukan mahram saya, jadi tidak sesuai untuk bukan mahram menghubungi saya.
“Dalam Islam, perkara itu salah. Kalau dia mahu berk0munikasi, lebih baik berhubung dengan mahram saya iaitu suami (Essam Muhammad) atau bapa saya,” katanya.
Memanjatkan rasa syukur apabila Musa telah pun kembali ke pangkuannya, Nina turut melahirkan rasa kesal apabila bekas suami mel4nggar perjanjian apabila bertindak berkongsi wajah kanak-kanak itu untuk tatapan umum.
“Saya syukur Musa telah kembali kepada saya. Namun, saya kesal dan bimb4ng apabila bekas suami mel4nggar perjanjian untuk tidak mendedahkan wajah Musa kepada umum.
“Macam-macam perkara boleh berlaku seperti
k3s culik dan sebagainya. Saya sangat bimbang dengan keselamatan Musa sekarang. Sebelum ini pun, saya tidak pernah berkongsi identiti atau wajah sebenar Musa untuk tatapan umum.
Kalau saya kongsikan sekali pun, saya tidak akan dedahkan muka Musa,” kata Nina.
Dalam pertemuan itu juga, Nina berkata buat masa ini dia tidak ada apa-apa tuntutan ke atas bekas suami kerana dia hanya mahu berkongsi keadaan dan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku.
“Saya tidak pernah kongsikan tentang perkara ini. Jadi tujuan saya memberitahu perkara ini adalah untuk menjelaskan mengenai keadaan sebenar, apa yang telah berlaku. Buat masa sekarang, saya tidak ada apa-apa tuntutan ke atas bekas suami,” katanya.
Dalam pada itu, Nina turut memuat naik kenyataan di Instagram miliknya menerangkan mengenai isu yang terjadi.
Terdahulu, ibu kandung kepada Musa, Athira (bukan nama sebenar) menafikan d4kwaan telah memberi keizinan kepada penyanyi Noh Salleh untuk mendapatkan Musa.
Athira sewaktu ditemui XTRA mendakwa dia telah dimanipulasi dan dipergunakan Noh, untuk kepentingan sendiri bagi mendapatkan Musa yang dibawa keluar dari rumah Nina dengan bantuan seorang pengasuh.
Athira menuntut agar Noh menadik balik kenyataan di Melodi TV3, memohon maaf serta memadam gambar Musa di media sosi4l dalam tempoh 24 jam.
Dalam pada itu, Noh tampil mendedahkan dia tidak tahu mengenai perjanjian antara Athira dan Nina mengenai wajah Musa namun dalam masa yang sama, vokalis kumpulan Hujan itu tampil memohon maaf.
Sumber:HM