Terkejut Dapat Surat Selepas Solat Terawih Di Masjid . Rupanya Ustaz Jantung Berdegup Kencang ,Lamar Jadi Isteri Kedua

Seorang wanita menerima kejutan yang tidak disangka-sangka selepas selesai mengerjakan solat tarawih di masjid.

Kejadian itu bermula apabila dia menerima sampul surat berwarna dengan isi kandungan di luar jangkaannya.

Pada mulanya dia menyangka surat itu berkaitan dengan bantuan untuk anak yatim, sebaliknya ia merupakan hasrat untuk berkenlan dan lamaran perkahwinan.

Difahamkan, lamaran itu datangnya daripada seorang individu dipercayai ustaz.

“Kak, Ustaz Zakir tinggalkan surat untuk kamu,” demikian tangkap

Dalam satu hantaran di laman sosial, wanita itu terkejut apabila membaca isi surat tersebut.

Dilaporkan, seorang ustaz meluahkan perasaannya dan mahu berkenalan dengan wanita itu.

Malah, lelaki itu turut melamarnya untuk dijadikan sebagai isteri kedua.

“Sejujurnya, dari mula saya nampak awak solat di masjid, jantung saya berdegup kencang. Saya tak boleh nak cakap saja, saya mahu awak jadi isteri kedua saya,” tulisnya.

Surat yang ditulis turut menyebut lelaki berkenaan mampu menjadi imam buat wanita itu dan berlaku adil kepada isteri-isteri.

Menerusi luahan di media sosial, wanita berkenaan mengakui trauma selepas menerima surat tersebut. –

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *