Terkandas di Kelantan, graduan lengkap berjubah buat ‘k0nvo sendiri’ versi banjir
Seorang graduan lengkap berjubah buat k0nvo sendiri di kawasan rumahnya susulan terkandas untuk ke istiadat konvokesyen di universiti disebabkan banjir besar yang terjadi di Pantai Timur.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri akaun TikT0k Naqishah apabila memuat naik momen isterinya yang sepatutnya menghadiri konvokesyen di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memakai jubah dan mortar sambil menerima sejambak bunga daripadanya susulan tidak dapat menghadiri istiadat tersebut di Bangi.
Graduan lengkap berjubah ‘konvo’ depan rumah
Menerusi kapsyen yang disertakan, dia berseloroh mengatakan konvokesyen yang diadakan sendiri itu adalah versi banjir susulan terkandas di Kelantan kerana kawasan kediaman dinaiki air.
Graduan lengkap berjubah harap dapat hadiri konvo tahun hadapan
Dalam pada itu, Naqishah turut menyatakan yang isterinya, Siti Nur Fatihah Che Ghani telahpun menghantar email kepada
pihak universiti bagi memohon menghadiri konvokesyen bagi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah untuk sesi tahun hadapan dan berharap ia dapat menerima maklum balas yang positif.
Tahniah & jangan sedih-sedih tau!
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah diatas kejayaannya bergraduasi.
Mereka juga berharap agar pengguna TikTok berkenaan tidak bersedih dan mendoakan supaya urusannya ketika menghadapi bencana alam dipermudah.
Banjir yang sedang berlaku di beberapa kawasan di Pantai Timur dikatakan lebih buruk berbanding 2014 yang lalu dan Kelantan menjadi negeri paling
terjejas ketika ini sehingga beberapa kawasan tidak dapat dilalui memandangkan air masih ditahap yang berbahaya.
Sumber: hm